27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Perkara Asas Mengajar Anak Bekerja Di Dapur Sangat Penting’ – Chef Wan

    Shopee Sale

    Chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan berkongsi pengalaman pahit yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya hanya kerana keikhlasannya membantu ibunya di dapur.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Terima Pelbagai Cemuhan, Hanya Kerana Saya Suka Duduk Dapur’ – Chef Wan

    MENARIK:  Suami Nora Danish Memberi Amaran - "Hebat Betul Aliff Aziz Sampai Nama Isteri Saya Terpalit?"

    Artikel Berkaitan: Chef Wan Terpaksa Cuit Iddin Ramli Ketika ‘Live’, Hampir Masuk Waktu Azan – ‘Saya Diberi Arahan Untuk Tegur’

    Terguris

    " data-video-id="7644918398488562964" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @studiosembang

    nak tahu best atau tak episode ni korang kena lah judge sendiri ok? #jomsembang with Datuk @chefwan later 10pm on @YouTube @Spotify or @Apple Podcasts ! #studiosembang

    ♬ original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

    Menerusi klip potongan daripada podcast Studio Sembang, pemilik nama Redzuawan Ismail berkata kejadian itu berlaku apabila dia kerap membantu ibu memasak di dapur.

    Katanya, kata-kata yang didakwa diucapkan oleh bapanya itu telah meninggalkan luka yang mendalam dan membekas dalam hatinya selama bertahun-tahun.

    ‘Kenapa duduk dekat dapur dan asyik tolong mak sahaja? Nanti dah besar nak jadi pondan?’

    Ayat itu membuatkan saya terkesan dan terguris selama beberapa tahun.

    Daripada berasa bangga dengan saya, ayah saya hanya memandang saya dan berkata, ‘saya nak kamu keluar dari dapur.

    Jelas Chef Wan, walaupun bapanya tidak menyukai caranya, hal itu tidak menghalangnya daripada terus membantu mengurangkan beban ibunya dalam menyara adik-beradiknya yang ramai.

    Walaupun bapa tidak suka, saya tidak ambil peduli. Mak saya pula ‘come, come, come. Mak banyak kerja’.

    Adik pula tujuh orang dan mak selalu bela saya.

    Menjelaskan lebih lanjut, Chef Wan berkata mengajar anak melakukan kerja di rumah amat penting kerana ia dapat memupuk sikap berdikari selain membantu meringankan beban keluarga.

    Padahal, perkara asas mengajar anak bekerja di dapur itu sangat penting.

    Perkara itu berkait tentang kelangsungan hidup, makan makanan yang betul, menjaga diri sendiri, keluarga, serta mendidik anak supaya berdikari dan bertanggungjawab.

    Hari ini, dalam banyak masyarakat, kita terlalu memanjakan anak-anak kita.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Perkara Asas Mengajar Anak Bekerja Di Dapur Sangat Penting’ – Chef Wan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah