Kalau korang tengah cari aktiviti hujung minggu yang santai tapi meriah, Dutch Lady ada sesuatu yang menarik sempena Hari Susu Sedunia tahun ini.
Dari permainan interaktif sampailah kolaborasi istimewa bersama Tealive yang memperkenalkan inovasi minuman baharu, semuanya boleh korang enjoy di Starhill Piazza, Kuala Lumpur bermula 29 Mei 2026 hingga 1 Jun 2026.
Sepanjang empat hari aktivasi berlangsung, ruang legar utama Starhill Piazza bakal bertukar menjadi lokasi hangout menarik untuk keluarga dan rakan-rakan sempena sambutan Hari Susu Sedunia oleh Dutch Lady.
Bukan saja boleh sertai pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan, pengunjung juga boleh singgah ke photobooth khas untuk menghasilkan personalized World Milk Day newspaper lengkap dengan gambar sendiri sebagai souvenir unik untuk dibawa pulang.

Sebagai jenama susu nombor satu di Malaysia, Dutch Lady kekal komited dalam memperkasakan rakyat Malaysia dengan menyediakan susu berkualiti tinggi yang berkhasiat dan pada masa sama menawarkan rasa yang boleh dinikmati seisi keluarga.
Pembungkusan baharu Dutch Lady turut jadi tumpuan

Untuk pengetahuan korang, Dutch Lady turut memperkenalkan pembungkusan baharu untuk rangkaian susu UHT mereka sempena sambutan ini.
Dengan rekaan yang lebih segar, moden dan mudah dikenali di rak pasar raya, pembungkusan baharu ini mencerminkan komitmen Dutch Lady dalam terus mendekati pengguna sambil mengekalkan kualiti produk yang dipercayai ramai.
Bagi mereka yang hadir ke acara Hari Susu Sedunia di Starhill Piazza ini juga peluang untuk melihat sendiri wajah baharu rangkaian susu UHT Dutch Lady yang diperkenalkan kepada pengguna Malaysia.
Dalam masa yang sama, susu Dutch Lady tetap menawarkan nutrisi penting seperti Kalsium, Vitamin D3, Protein serta Vitamin A, B2 dan B12 untuk membantu menyokong keperluan harian seisi keluarga.
Boleh jadi antara yang terawal cuba Signature Milk Tea & Matcha baru

Lebih menarik, pengunjung turut boleh menjadi antara yang pertama mencuba inovasi terbaru Dutch Lady menerusi kolaborasi bersama rangkaian milk tea nombor satu Malaysia, Tealive.
Kolaborasi ini memperkenalkan dua pilihan minuman baharu iaitu Signature Milk Tea dan Signature Matcha yang menggabungkan khasiat susu berkhasiat daripada Dutch Lady bersama perisa ikonik Tealive yang digemari ramai rakyat Malaysia.
Kedua-dua produk ini akan mula dijual secara meluas di seluruh negara bermula Jun ini menerusi pasar raya, pasar mini dan kedai serbaneka.
Bagi penggemar milk tea dan matcha, ini memang peluang yang rugi kalau dilepaskan!

Banyak aktiviti menarik menanti pengunjung

Selain menikmati minuman istimewa, pengunjung yang hadir juga boleh bergambar di photo spots menarik, mendapatkan personalized World Milk Day newspaper serta menyertai pelbagai permainan yang sesuai untuk semua peringkat umur sepanjang hujung minggu panjang tersebut.
Kalau korang nak luangkan masa bersama keluarga atau cari port lepak hujung minggu yang best, memang sesuai sangat singgah ke sini.
Menariknya lagi, sambutan Hari Susu Sedunia oleh Dutch Lady kali ini hanya berlangsung di Starhill Piazza, Kuala Lumpur bermula 29 Mei 2026 hingga 1 Jun 2026.
Jadi, kalau korang tak nak terlepas peluang mencuba Signature Milk Tea dan Signature Matcha terbaru sambil menikmati pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan, memang kena singgah ke sini.
Jangan lupa follow media sosial rasmi Dutch Lady Malaysia untuk perkembangan terkini dan info lanjut mengenai aktiviti ini.
The post Hari Susu Sedunia 2026: Dutch Lady Bawa Aktiviti Menarik & Menu Baharu Di Starhill Piazza first appeared on OHBULAN!.





