Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi penjelasan berkenaan isu haiwan korban yang ditembak.
Artikel Berkaitan: Lembu Menangis Sebelum Korban Buat Ramai Sebak, Ini Penjelasan Saintifik Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Berkaitan: Fattah Amin & Amira Othman Sertai Ibadah Korban, Netizen Terharu Nama Fatima Ada Sekali
Tembak lembu korban

Menurut Mohd Asri, haiwan peliharaan yang halal dimakan tetapi sukar ditangkap untuk disembelih, dibenarkan untuk dipanah atau ditembak.
Selain menggunakan senjata, beliau juga berkata, haiwan buruan seperti anjing juga dibenarkan untuk menangkap haiwan peliharaan.
Binatang yang boleh dimakan, yang tidak dapat ditangkap untuk disembelih, boleh dipanah, atau ditembak terlebih dahulu.
Bahkan boleh menggunakan haiwan buruan seperti anjing untuk menangkapnya.
Dibaca Bismillah sebelum melancarkan. Jika panah atau peluru atau gigitan telah mematikan haiwan tersebut, maka boleh dimakan.
Jika belum mematikan, hendaklah disembelih seperti biasa.
Penerangan itu dikongsikan susulan tular rakamanan video yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah melepaskan tembakan ke arah seekor lembu korban yang sedang mengamuk.
Terdahulu, Abu Bakar memberi respon berhubung isu tersebut dengan menjelaskan bahawa, lembu berkenaan terlucut tali ikatannya lalu mengamuk dan cuba melarikan diri, sekali gus mengundang bahaya kepada petugas serta orang awam yang berada di situ.
Sumber: Berita Harian
The post Tular Isu Tembak Lembu Korban, Mufti Perlis Tampil Beri Penjelasan first appeared on OHBULAN!.





