32.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kami amat murka’ – Undang Luak gantung tugas setiausaha KDU

    Shopee Sale

    Empat Undang Luak Negeri Sembilan membuat keputusan menggantung tugas Raja Norazli Raja Nordin sebagai setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan.

    Keputusan itu dibuat susulan kegagalan Raja Norazli mematuhi arahan mereka untuk memanggil satu sidang khas hari ini bagi membincangkan kemelut kepimpinan adat di Negeri Sembilan.

    Dalam satu kenyataan, empat Undang Luak bersama Tunku Besar Tampin dan Datuk Syahbandar Sungai Ujong turut melahirkan rasa kecewa terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun serta kerajaan negeri kerana didakwa gagal bersikap neutral dalam mengendalikan pertikaian tersebut.

    “Kami amat murka dan kecewa atas kegagalan Raja Norazli Raja Nordin mematuhi perintah dan sabda kami selaku pemerintah bersama (Co ruler) Negeri Sembilan merangkap ahli majoriti Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan untuk menguruskan panggilan sidang mesyuarat khas DKU pada hari ini 29 Mei.

    "Bahawasanya tindakan Raja Norazli Raja Nordin adalah semberono, bertentangan dengan protokol adat serta amat biadab. Beliau sesungguhnya tidak lagi layak memegang jawatan sebagai setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan,” kata para pemimpin adat itu.

    Mereka menegaskan DKU adalah hat mutlak adat ahli-ahli tetap sebagaiaman termaktub dalam Perkara 17 Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Sembilan 1959.

    Tegas mereka, KDU bukan milik seorang individu termasuk Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang status jawatan pesaka adatnya telah dilucutkan mengikut adat oleh punca kuasa yang sah secara kebulatan.

    “Tiada kuasa veto dalam KDU. Maka segala surat menyurat yang dikeluarkan atas nama DKU dengan tandatangan Raja Norazli bin Raja Nordin selepas daripada tarikh 17 April 2026 adalah tanpa mandat muafakat ahli-ahli DKU, terjumlah kepada penyalahgunaan institusi dan kedudukan, tidak mengikat dan salah dari segi adat dan undang-undang serta cubaan mengelirukan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan,”jelasnya.

    MENARIK:  Teresa seru perhatian pemimpin PAS isu nama Malaysia direndahkan di AS

    Minggu lalu, para pembesar dan pemimpin adat berkenaan mengeluarkan surat mengarahkan setiausaha KDU supaya memanggil sidang khas bagi membincangkan kemelut pemerintahan adat di negeri itu.

    Namun, Raja Norazli dilaporkan berkata dia tidak dapat mengadakan mesyuarat tersebut kerana krisis itu kini menjadi perkara yang sedang dibicarakan di mahkamah.

    Sementara itu, dalam surat mereka, Undang Luak berkenaan menyalahkan Aminuddin Harun, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan penasihat undang-undang negeri atas pertikaian tersebut.

    Menurut para pembesar itu, kegagalan pentadbiran negeri bertindak secara neutral dalam krisis adat ini telah menyebabkan krisis berkenaan berpanjangan dan menjadi semakin parah.

    Mereka turut mengingatkan kerajaan negeri bahawa Perlembagaan Negeri Sembilan juga memberikan mereka, selaku pemerintah bersama negeri, kuasa yang setara dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

    Dalam kenyataan tersebut, para pembesar dan pemimpin adat berkenaan menetapkan 5 Jun ini sebagai tarikh baru sidang khas yang akan diadakan di Tampin.

    Mereka turut menjemput Ketua Setiausaha Negara, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara untuk menghadiri sidang tersebut sebagai pemerhati bebas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah