30.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KL kecam rancangan Israel rampas 70 peratus wilayah Palestin

    Shopee Sale

    Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya rancangan yang baru diumumkan rejim Zionis Israel untuk merampas serta memperluaskan kawalannya ke atas 70 peratus wilayah Gaza.

    Kementerian Luar – yang menyifatkan langkah itu sebagai menyalahi undang-undang dan tidak boleh diterima sama sekali – berkata ia merupakan satu lagi pelanggaran nyata oleh Israel terhadap undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta pelbagai resolusi Majlis Keselamatan PBB dan Perhimpunan Agung PBB.

    “Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa dan PBB untuk menolak dan membantah rancangan itu, sambil memberi amaran bahawa sebarang cubaan untuk mengubah realiti wilayah Gaza hanya akan terus menjejaskan prospek keamanan dan keadilan,” kata Wisma Putra hari ini.

    Kementerian itu menambah sejak sekian lama Gaza merupakan sebahagian daripada wilayah Palestin, malah ia wujud sebelum penubuhan Israel lagi.

    Justeru, kata Wisma Putra, sebarang tindakan rejim Zionis mengubah realiti wilayah Gaza hanya akan mengakibatkan ketidakadilan yang lebih ketara serta memburukkan lagi keadaan keselamatan dan keamanan yang sedia rapuh di rantau itu.

    MENARIK:  KPM sedia beri peluang pada 402 kanak-kanak peroleh pendidikan

    “Rakyat Gaza terus menderita akibat tindakan genosid dan kemusnahan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel.

    “Sebarang bentuk pengilhakan wilayah Palestin adalah salah di sisi undang-undang antarabangsa dan tidak boleh dibenarkan.

    “Sebaliknya, ia dengan jelas mencerminkan niat terancang untuk menafikan hak-hak sah rakyat Palestin, termasuk hak mereka untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat di tanah air mereka sendiri yang merangkumi Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis Timur,” katanya.

    Malaysia turut mengulangi solidariti yang tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin serta menyatakan sokongan berterusan terhadap penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka serta berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah