30.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bersama tak boleh pergi jauh dengan idea semata-mata

    Shopee Sale

    Parti Bersama memerlukan lebih daripada sekadar calon yang baik dan kepakaran dasar untuk memenangi PRU akan datang.

    Penganalisis politik di Universiti Sains Malaysia, Sivamurugan Pandian, berkata idea yang dibawa parti baru itu mungkin menarik, namun pelaksanaannya tidak semestinya yang dibayangkan.

    “Jentera di peringkat akar umbi, rangkaian tempatan, mobilisasi pengundi, sumber kewangan dan kehadiran di lapangan kekal menjadi faktor penting,” katanya kepada Malaysiakini.

    Turut berkongsi pandangan sama ialah pensyarah sains politik di Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Syaza Shukri yang memberitahu Malaysiakini bahawa politik bukan sekadar tentang menggubal dasar.

    “Ya, anda memerlukan individu yang bijak untuk memimpin dan mentadbir, tetapi pertama sekali mereka perlu memenangi pilihan raya, dan untuk menang, permainannya berbeza sama sekali.

    “Bolehkah mereka bercakap dalam bahasa rakyat?” katanya.

    Pun begitu, Sivamurugan mengakui terdapat kemungkinan untuk Bersama – yang dikemudi dua bekas pemimpin kanan PKR – masih mampu membawa perubahan dengan menarik sokongan pengundi di kerusi bandar dan separa bandar.

    Sivamurugan Pandian

    Kenyataan tersebut dibuat selepas pemimpin Bersama, Rafizi Ramli, berkata calon pilihan raya parti itu akan dipilih berdasarkan merit, termasuk faktor seperti umur, tahap pendidikan, pengalaman profesional, pemahaman dasar, keupayaan menyelesaikan masalah dan khidmat kepada masyarakat.

    Dalam episod terbaru audio siar Yang Berhenti Menteri malam tadi, bekas menteri ekonomi itu turut menekankan struktur organisasi digital mendatar Bersama yang menurutnya akan menghapuskan kawalan warlords.

    Belum benar-benar mencabar

    Mengulas perkara itu, Sivamurugan berkata kerangka sedemikian berpotensi mengehadkan kekuatan organisasi parti.

    “Rafizi dilihat cuba meletakkan Bersama sebagai platform teknokratik yang dipacu dasar, bukannya sebuah parti politik tradisional.

    “Penekanan terhadap calon berasaskan merit, struktur mendatar dan keengganan bekerjasama dengan parti sedia ada mencerminkan pandangannya bahawa ramai pengundi, khususnya di bandar dan golongan muda, sudah muak dengan politik naungan, perpecahan puak dan naratif berasaskan identiti,” tambahnya.

    MENARIK:  Keluarga Aysar Zahran harap pemandu kereta dihadap ke mahkamah

    Walaupun mengakui keyakinan Rafizi bahawa “majoriti senyap” pengundi tertarik kepada penyelesaian terhadap isu ekonomi dan tadbir urus, Sivamurugan berkata pengaruh segera Bersama mungkin lebih dirasai dalam membentuk wacana politik berbanding memenangi kerusi.

    Katanya prospek jangka panjang Bersama bergantung kepada sama ada ia mampu membina kredibiliti akar umbi yang melangkaui daya tarikan peribadi Rafizi atau tidak, serta membuktikan bahawa model dibawa itu berkesan dalam pilihan raya sebenar.

    Syaza Shukri

    “Buat masa ini, ia merupakan satu eksperimen politik yang menarik, tetapi masih belum setaraf dengan tiga gabungan politik utama,” katanya.

    Syaza pula lebih optimis terhadap prospek Bersama dan menyifatkan parti yang asalnya didaftar di Pulau Pinang itu sebagai “pencabar yang sah” untuk meraih undi yang lazimnya menyokong PH.

    “Saya tidak melihat mereka benar-benar mencabar BN dan PN kerana asas sokongan mereka berbeza,” katanya.

    Pada masa sama, Syaza mengingatkan bahawa keengganan Bersama untuk bekerjasama dengan parti politik lain boleh memperlahankan perkembangan parti berkenaan untuk menjadi kuasa politik yang berdiri sendiri.

    Pada 17 Mei lalu, Rafizi bersama bekas Naib Presiden PKR dan anggota kabinet, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan bahawa mereka mengosongkan kerusi parlimen masing-masing dan meninggalkan PKR bagi menerajui Bersama.

    Beberapa pemimpin PKR turut mengemukakan peletakan jawatan tidak lama kemudian, manakala cabang AMK Pandan didakwa dibubarkan selepas 19 ahli jawatankuasanya meletakkan jawatan.

    Dalam audio siarnya malam tadi, Rafizi berkata kira-kira 21,000 orang sudah menyertai Bersama dalam tempoh dua minggu sejak pelancarannya.

    Daripada jumlah itu, kira-kira 29 peratus atau sekitar 6,000 orang merupakan bekas ahli PKR.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah