29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] DSV Mohon Maaf, Netizen Komen Bosan Tengok Hafal Al-Quran – ‘Saya Nak Bekalkan Ilmu Bermanfaat Bawa Ke Syurga’

    Shopee Sale



    Meskipun sering berkongsi video mengalunkan ayat suci Al-Quran, namun terdapat segelintir warganet yang mengecam niat baik usahawan terkenal, Datuk Seri Vida itu.

    Bosan tengok muka

    " data-video-id="7455928166914329864" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @datoserividaofficial

    MAAF KALAU MUAK & BOSAN TENGOK SAYA MENGAJI ? SAYA PUN MASIH DALAM PEMBELAJARAN ?? MUJUR ADA QURAN TAJWID DIGITAL #datosrivida #quputehbarulahputeh #foryou

    ? Sad and lonely – MoppySound

    Menerusi hantaran di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman memuat naik video yang memaparkan salah satu komen negatif daripada seorang individu.

    Macam dia seorang sahaja hafal Al-Quran. Bosan tengok muka ni.

    Usahawan berusia 53 tahun itu kemudian memohon maaf andai perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang terhadap warganet.

    Maaf kalau muak dan bosan tengok saya mengaji. Saya pun masih dalam pembelajaran.

    Ini adalah Al-Quran yang saya buat untuk saham akhirat saya. Di saat Allah telah mengambil anak-anak saya dan kalau Allah juga ambil saya ketika itu, apakah bekalan saya?

    Maka saya nak bekalan di atas saham ilmu bermanfaat yang membawa ke syurga.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyelar individu berkenaan dan menyokong usaha Vida.

    MENARIK:  OHKasih Ribena Santuni 3 Buah Sekolah Meriahkan Sambutan Ramadan

    Menurut warganet, Vida telah menunjukkan contoh yang baik seterusnya dapat mengalakkan orang ramai untuk membaca dan menghafal Al-Quran.

    Orang-orang terkenal ini memang elok buat amalan agama secara terbuka, sebab mereka ada ramai pengaruh dan pengikut.

    Sepatutnya kita cemburu dengan kelebihan orang lain dan berusaha menjadi seperti dia.

    Sekurang-kurangnya dia hafal walaupun dia kaya tetapi dia tidak lupa pada pencipta.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah