34.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Diana Danielle Kerap Periksa Gajet, Sibukkan Anak Dengan Sukan – ‘Bapa Mereka Sangat Menentang Game Online Itu’ 

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi Diana Danielle, akui bimbang dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak sejak kebelakangan ini.

    Artikel Berkaitan: Diana Danielle Sedih Muhammad Sudah Rancang Masa Depan, Harap Kekal Hubungan Baik Dengan Anak-Anak – ‘Ini Saja Masa Bersama’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ketampanan Wajah Anak Sulung Diana Danielle Curi Perhatian Netizen – ‘Lebih Handsome Daripada Justin Bieber’

    Kawal gajet

    Ketika ditemui , Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, berkata, dia dan bekas suami, Farid Kamil melarang anak-anak mereka daripada bermain permainan atas talian popular yang didakwa menjadi antara punca kepada isu jenayah melibatkan remaja serta kanak-kanak.

    Ayah mereka sangat menentang permainan Roblox itu sejak dulu sampai sekarang.

    Pemantauan ibu bapa sangat penting, kadang kala mungkin ibu tak nampak kesan buruk tapi ayahnya nampak.

    Isu-isu ini ini menjadi iktibar kepada ibu bapa untuk memperbaiki cara mendidik anak-anak.

    Menurut Diana, dia menjadikan pemeriksaan gajet anak-anak sebagai satu rutin untuk memantau setiap aktiviti serta interaksi mereka di alam maya.

    Telefon adalah akses kepada dunia luar, yang paling penting saya nak lihat jika ada orang dewasa cuba berkomunikasi tentang perkara yang tidak sepatutnya dengan anak-anak.

    Ada segelintir yang mahu mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak yang bersifat lurus.

    Diana berkata demikan ketika ditemui pada sidang media drama siri Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

    Aktiviti sukan

    View this post on Instagram

    A post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb)

    Bagi mengawal penggunaan gajet, pelakon filem Magika itu dan bekas suaminya mengambil pendekatan untuk memenuhi jadual anak-anak dengan aktiviti sukan.

    Kami sibukkan anak-anak, dalam empat kali seminggu mereka akan bermain bola sepak.

    Tenaga banyak dikeluarkan melalui aktiviti sukan, jadi mereka berasa penat dan akan kurang menggunakan gajet.

    Pukul 3 petang mereka habis sekolah, kemudian bermain bola sepak sampai pukul 6 petang atau hingga 10 malam. Hujung minggu pula ada perlawanan, jadi jadual mereka padat.

    Tambah Diana, dia dan Farid mengamalkan ‘co-parenting’ yang baik dalam memastikan kehidupan anak-anak mereka sentiasa teratur dari segi pelajaran serta sukan.

    Farid akan mengurus aktiviti sukan manakala saya pula tentang hal pelajaran mereka.

    Saya akan hantar anak-anak ke sekolah setiap pagi, malah mereka juga masih tidur dengan saya.

    Setiap kali ke sekolah dan sebelum tidur, itulah masa saya berborak untuk mengetahui perihal anak-anak.

    Dalam perkembangan lain, Diana bakal muncul dalam drama tersebut yang akan bersiaran pada 14 November ini di Astro Ceria.

    MENARIK:  Keberhasilan Program Belanjawan 2024, Kehidupan Rakyat Semakin Sejahtera

    Untuk rekod, Diana mendirikan rumah tangga bersama aktor dan pengarah, Farid Kamil pada 2012 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

    The post [VIDEO] Diana Danielle Kerap Periksa Gajet, Sibukkan Anak Dengan Sukan – ‘Bapa Mereka Sangat Menentang Game Online Itu’  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah