32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Dia Macam Dalam Dunia Sendiri, Muka Nampak Letih’ – Tular ‘Live’ Terakhir Akiko Okumura, Luah Hasrat Bertemu Tun Mahathir & Isteri

    Shopee Sale



    Pemergian isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura, iaitu Akiko Okumura, ternyata mengejutkan ramai pihak malah turut mengundang rasa sebak dalam kalangan ahli keluarga, rakan-rakan, serta pengikut setia mereka di media sosial.

    Arwah teringin nak jumpa Tun M

    " data-video-id="7476323751487982866">
    @jana_jumaliPart ckp bila dia pegi tu sedih nye bila tengok balik record ni. Mlm tadi bukan main aku gelak2. ? Patut la pelik, biasa nye xnak masuk kamera?? original sound – Jana000

    Baru-baru ini, sedutan video siaran langsung di TikTok usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura bersama isterinya, Akiko Okumura, kembali tular.

    Video berkenaan dirakam pada malam Khamis, 27 Februari, iaitu sehari sebelum Akiko dilaporkan meninggal dunia.

    Dalam siaran langsung tersebut, Akiko sempat meluahkan rasa kagumnya terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Malah, dia turut berkongsi impiannya untuk bertemu pasangan itu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

    Meskipun pada ketika itu ia hanya sekadar luahan, namun ramai yang tidak menyangka kata-kata Akiko seakan menjadi petanda sebelum pemergiannya.

    MENARIK:  Rafidah Ibrahim Lancar Lagu Zikir La Illah Ha Ilallah, Ajak Pendengar Selawat Bersama

    ‘Akiko macam tak sedar’

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan mendakwa perwatakan Akiko pada malam tersebut kelihatan berbeza daripada kebiasaannya. Dia dikatakan seperti berada di ‘dunianya sendiri’, selain wajahnya yang kelihatan lemah dan keletihan.

    Ramai yang menitipkan doa dan ucapan takziah buat Ridzuan dan anak mereka, Sky selain mengharapkan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

    Dia dah dapat rasa yang dia akan tinggalkan Abang Ridz dan Sky.

    Masa aku masuk live rasa pelik je Akiko nak masuk live suami dia? Biasa dia tak nak masuk pun.

    Akiko macam tak sedar, dia dalam dunia dia. Al-fatihah untuk Akiko.

    Dia macam tak tahu apa dia cakap, lelaki dia suruh cakap Japanese pun die tak faham, macam blur.

    Nampak sangat muka Kak Akiko macam penat. Viewer pun ramai suruh berhenti dan rehat tapi di masih terus layan viewer sambil nyanyi.

    Kadang-kadang orang nak meninggal ni dia akan tahu diri dia akan pergi.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah