Pelakon Kamal Adli berkongsi momen bertemu puteri tunggalnya, Hawra Uqaira mengundang sebak warganet.
Artikel Berkaitan: Kamal Adli Tak Sambut ‘New Year’, Akui Tiada Azam 2026
Artikel Berkaitan: ‘Ayah Rindukan Awak, Anak’ – Kamal Adli
Rindu anak
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Adli, 39, sertakan kapsyen yang menyentuh hati ketika bertemu Hawra.
Video berdurasi hampir 40 saat itu menggambarkan hubungan akrab antara ayah dan anak walaupun jarang bertemu.
Dia merajuk, tapi dia rindu.
Dia jual mahal tapi dia nak.
Rindu sangat pada awak, Hawra.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar hubungan ayah dan anak tidak dipisahkan ekoran kemelut rumah tangga yang dihadapinya. Selain itu, warganet turut menitipkan doa buat pelakon berusia 39 tahun itu agar menemui titik penyelesaian yang terbaik buat dirinya.
Sekadar info, kemelut rumah tangga Kamal bersama isterinya, Uqasha Senrose terus menjadi perhatian umum sejak aktres berkenaan memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu.
Situasi tersebut berlanjutan apabila Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 18 Disember lalu menasihati Kamal supaya melafazkan cerai selepas Jawatankuasa Pendamain gagal mencapai persefahaman.
Namun begitu, peguam mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian memaklumkan lafaz cerai tidak berlaku berikutan Kamal masih berhasrat mempertahankan rumah tangga mereka.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan tersebut, Kamal dan Uqasha dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 19 bulan.
Sumber: TikTok @kamaladli
The post [VIDEO] ‘Dia Jual Mahal Tapi Nak’ – Kamal Adli Rindu Hawra first appeared on OHBULAN!.






