Penyanyi, Dayang Nurfaizah menafikan ‘flying kiss’ yang diberikan sewaktu persembahan eksklusif Janji With Dayang di Menara Kuala Lumpur pada Sabtu ditujukan kepada penyanyi Hael Husaini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Nak Buat Konsert Sekadar Cukup Syarat’ – Dayang Nurfaizah
Untuk peminat

Dayang atau nama lengkapnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 44, menjelaskan isyarat itu sebenarnya ditujukan kepada semua peminat yang hadir sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan.
Eh salah tengok itu, saya bukan tujukan flying kiss tersebut kepada Hael. Saya tujukan kepada semua peminat pada malam itu.
Flying kiss itu sebagai ucapan terima kasih kepada semua peminat. Saya sangat terharu sebab ramai sangat yang hadir menyaksikan Janji With Dayang di Kuala Lumpur. Saya sayang semua peminat saya.
Dalam pada itu, Dayang mendedahkan dia sebenarnya tidak berada dalam keadaan sihat ketika persembahan berlangsung, namun tetap berusaha memberikan yang terbaik.
Sebenarnya saya tidak berapa sihat namun tidak mahu menjadikan itu alasan. Saya juga tidak mahu peminat mengetahuinya. Mungkin sekarang musim orang demam.
Telinga saya agak berdesing dan dengung, ada ketika saya tidak berapa dengar. Bagaimanapun bukan alasan untuk tidak memberikan yang terbaik.
Apabila lihat reaksi peminat mereka berpuas hati, saya sangat bersyukur dan gembira.
Terdahulu, Dayang menyampaikan 13 buah lagu pada persembahan eksklusif Janji With Dayang di Menara Kuala Lumpur.
Antaranya, Janji, Tulus, Dunia Lain, Aku, Mana Mungkin, Andai Ku Tahu, X Missing U, Mencintai Cinta, Mungkin Ke?, Akhirnya Bahagia, Hakikat Cinta, Lemah dan Dayang Sayang Kamu.
Selain Hael, antara selebriti yang hadir ialah Ziana Zain, Anuar Zain, Ajai, Aisha Retno, Hun Haqeem, Sherry Alhadad dan Fara Fauzana.
Janji With Dayang diterbitkan dengan kerjasama Usanita Entertainment dan Mask Team.
The post ‘Flying Kiss Itu Bukan Untuk Hael, Saya Tujukan Kepada Peminat’ – Dayang Nurfaizah first appeared on OHBULAN!.





