34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Daiyan Trisha Tak Baca Komen Netizen, Pilih Jadi Diri Sendiri – ‘Apa Saya Buat Tetap Dipersoalkan’

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengambil pendekatan untuk tidak lagi membaca komen-komen netizen di media sosial sebaliknya memberi sepenuh fokus terhadap kerjayanya.

    Artikel Berkaitan: Daiyan Trisha Tak Melatah Dilabel Terlalu Seksi, Terima Setiap Teguran Yang Diberikan – ‘Saya Akan Cuba Terbaik’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Daiyan Trisha Pakai Singlet, Netizen Persoal – ‘Adakah Ini Negara Barat?’

    ‘Saya dah tak baca komen netizen’

    Ketika ditemui , Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, mengakui dirinya sudah lali dengan tanggapan netizen terhadap pemakaiannya yang sering menjadi isu berulang.

    Sekarang saya dah tak baca komen netizen di media sosial, sebab kalau saya baca pun berkaitan isu yang sama.

    Saya rasa itu bukan sesuatu yang bijak untuk saya baca benda yang sama setiap kali. Saya pun tak tahu sampai bila tapi sekarang saya dah terbiasa.

    Daiyan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas memenangi trofi Selebriti Maskulin Terhangat pada Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

    ‘Saya akan jadi diri sendiri’

    Menurut Daiyan, kecaman atau pujian bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupannya sebagai selebriti. Namun, dia memilih untuk melihat setiap kritikan dari sudut yang positif.

    Ada anugerah atau tiada, bagi saya sama sahaja. Setiap perkara yang saya buat akan dipersoalkan tapi saya akan ambil ianya sebagai perkara positif. Saya akan cuba terima dan jadi lebih baik.

    Mengulas mengenai kemenangannya dalam kategori Selebriti Stailo Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat (AMT), Daiyan menegaskan dia tetap akan terus menjadi dirinya sendiri tanpa dipengaruhi oleh sebarang tekanan luar.

    Selepas kemenangan ini pun saya akan buat benda yang sama iaitu menjadi diri sendiri.

    Saya memang ada gaya tersendiri, apa yang saya nak pakai memang saya akan buat research sama ada ianya sesuai dengan saya atau tidak.

    Terdahulu, nama Daiyan hangat diperkatakan di media sosial susulan penampilannya yang dianggap seksi oleh segelintir netizen. Malah, ada yang turut mengaitkan dirinya yang pernah menunaikan umrah.

    MENARIK:  ‘Dua Kali Beranak Secara Czer, Saya Hanya Mahu Sihat Je’ – Shila Amzah

    The post [VIDEO] Daiyan Trisha Tak Baca Komen Netizen, Pilih Jadi Diri Sendiri – ‘Apa Saya Buat Tetap Dipersoalkan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah