34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Dua Kali Beranak Secara Czer, Saya Hanya Mahu Sihat Je’ – Shila Amzah

    Shopee Sale



    Shila

    Selepas dua kali melahirkan cahaya mata secara pembedahan, penyanyi Shila Amzah mengakui mustahil untuknya mendapatkan semula bentuk badan seperti sebelum berkahwin.

    ‘Ubah perspektif’

    Shila

    Memahami perkara tersebut sukar dilakukan, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 34, bagaimanapun hanya mahukan tubuh badannya sihat dan kuat.

    Saya mengubah perspektif saya, saya tahu tidak akan boleh untuk dapatkan kembali bentuk badan seperti dahulu selepas dua kali beranak secara pembedahan. Parut ‘pounch mommy’ akan kekal ada.

    Cuma yang saya mahu, menjadi lebih sihat dan kuat. Jadi untuk kekal sihat saya perlu hilangkan lemak dan mendapatkan otot yang kuat. Caranya, buat je ‘calorie deficit dan senaman.

    Shila memaklumkan perkara itu ketika menjawab pertanyaan daripada seorang pengikut menerusi sesi soal jawab atau ‘Q & A’ di Instagram Story.

    Menerusi hantaran sama, pelantun lagu Patah Seribu itu turut berkongsi jenis latihan dan senaman yang boleh dilakukan untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

    Jangan buat senaman atau latihan yang terlalu berat, buat yang kesannya tidak tinggi seperti ‘brisk walk’, yoga. Kalau yang berat akan bahayakan lutut.

    Yang penting jangan stres kerana stres akan menyebabkan berat badan cepat naik. Ubah satu tabiat pada satu masa.

    Minum banyak air, sekurang-kurangnya 2.5 liter. Kurangkan juga pengambilan gula. Jaga juga tidur, sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam.

    Sekadar info, Shila mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh Ubai MZ pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

    MENARIK:  Mengandungi Kira-Kira 4,000 Bahan Kimia, Ini Bahaya Asap Rokok Kepada Perokok Pasif!

    Sebelum itu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias namun bercerai pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun bersama.

    Hasil perkahwinan tersebut, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah