28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Da’i Syed Kongsi Momen Bantu 3 Beranak, Netizen Sebak – ‘Banyaknya Nikmat Yang Kita Terlupa Syukuri’

    Shopee Sale



    Penceramah bebas, pengacara dan selebriti media sosial, Dai Syed berkongsi momen menyentuh hati ketika membantu sebuah keluarga di Tumpat, Kelantan.

    Momen menyentuh hati

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

    Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Dai Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail, 30, memaklumkan bahawa dia sedang dalam perjalanan ke Kelantan sebelum terserempak dengan seorang wanita bersama dua orang anaknya di tepi jalan.

    Wanita itu kelihatan duduk di dalam sebuah gerobak besi yang ditarik oleh anak lelakinya menggunakan tali, manakala anak perempuannya mengawasi di bahagian belakang.

    Tersentuh dengan keadaan keluarga tersebut, Dai Syed segera memberhentikan keretanya dan menyapa mereka sebelum meminta izin untuk menawarkan bantuan.

    Mereka kemudian singgah di sebuah kedai runcit, di mana Dai Syed memberi peluang kepada keluarga itu untuk memilih barangan dapur termasuk barangan kering dan basah.

    MENARIK:  Aliff Syukri Kongsi Rezeki Dengan Pengawal Keselamatan – ‘Bila Tengok Dia, Saya Teringat Arwah Abah’

    Wanita tersebut kelihatan terharu dengan bantuan yang dihulurkan dan meluahkan rasa syukur. Sebelum beredar, dia sempat mengucapkan terima kasih kepada Dai Syed atas keprihatinannya.

    Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai di ruangan komen, di mana netizen memuji tindakan mulia Dai Syed.

    Mereka turut menyatakan bahawa video itu memberikan inspirasi serta mengajar orang ramai untuk lebih bersyukur dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan.

    Semoga urusan keluarga ini baik baik sahaja.

    Sedihnya tengok anak perempuan dia malu malu.

    Semoga ini menjadi contoh inspirasi untuk sama-sama membantu mereka yang kurang berkemampuan.

    Banyaknya nikmat kita yang kita terlupa nak syukuri.

    Inilah salah satu sebab aku nak jadi kaya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah