34 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Cinta Boleh Pudar & Sirna, Tapi Rasa Belas Kasihan Takkan Padam’ – Fadzilah Kamsah

    Shopee Sale



    Tular baru-baru ini di media sosial tentang kisah pasangan suami isteri iaitu Mohd Zainizan Esa dan Jawaher Shaikh Mohamad.

    Cinta & Pengorbanan

     

    View this post on Instagram

    A post shared by WHI TV3 (@whitv3)

    Menerusi rancangan Wanita Hari Ini, Jawaher berkata dia nekad untuk tetap mengahwini suaminya meskipun Zainizan mempunyai masalah kesihatan.

    Menurut Jawaher dia sanggup berkorban dan mahu memberi kekuatan kepada suami dalam menjalani setiap ujian.

    Saya tahu dia sayang saya, saya tahu kalau saya tak berada dekat dengannya dia akan rasa lemah.

    Saya tak mahu lihat perkara itu, saya nak dia lagi kuat.

    Dalam masa yang sama, Zainizan berpendapat kebahagiaan tidak perlu dinilai dengan wang ringgit atau kesempurnaan seseorang.

    Bahagia itu tak perlu duit, tak perlu sempurna. Kita cipta sendiri.

    Rasa kasihan kepada pasangan

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by WHI TV3 (@whitv3)

    Dalam pada itu, pakar motivasi Datuk Dr. Fadzilah Kamsah turut terharu apabila mendengar kisah mereka dan menyatakan bahawa sifat kasihan kepada pasangan adalah antara elemen penting dalam hubungan suami dan isteri.

    Saya sangat tersentuh dengan jawapan Jawaher sebab ramai orang mengatakan cinta itu segala-galanya. Cinta boleh pudar, boleh sirna tapi rasa belas kasihan takkan padam.

    Allah maha pengasih, maha penyayang. Sebenarnya perasaan kasihan itu lebih penting daripada cinta.

    Itu apa yang ada pada Jawaher, bila dia rasa kasihan ia adalah motivasi paling hebat daripada hanya perasaan cinta.

    Menurut Fadzilah, tidak ramai pasangan yang mempunyai sifat mengasihani antara satu sama lain sehingga menjadi faktor perkahwinan mereka tidak utuh ketika dilanda badai.

    Sebab itu kadang-kadang ada yang berubah hati, pantang kena ‘sondol’ sikit..sebab cintanya goyah.

    Ini sebenarnya hakikat yang ramai orang terlepas pandang.

    MENARIK:  ‘Aku Tak Nak Kahwin Dengan Lelaki Yang Hanya Tahu Merosakkan Perempuan’ – Nonny Nadirah

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah