
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid mengutamakan persediaan menyambut hari raya buat adik beradik sambil menguruskan anaknya bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah.
Persiapan raya

Ketika ditemui , Roslinda atau lebih mesra disapa DJ Lin memaklumkan bahawa dia tidak membuat persiapan raya buat dirinya.
Menurut DJ Lin, dia masih menerima baju raya daripada peminat hingga kini.
Persediaan untuk anak-anak lebih kepada urusan kemasukan sambung belajar bagi peringkat Ijazah.
Saya lebih buat persiapan kepada adik-beradik yang masih belum kahwin, yang menjadi tanggungjawab saya.
Lebih kepada keluarga. Baju raya saya pun tak beli lagi. Tapi saya tak risau, sebab selalunya peminat bagi baju.
Dalam pada itu, DJ Lin berkata, dia bakal menyambut hari raya secara bersederhana kerana tidak merancang untuk bercuti lama.
DJ Lin berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Drama Hayati- Suria yang berlangsung di Royale Chulan The Curve, pada Rabu.
19 tahun beraya sebagai ibu tunggal

Berkongsi lebih lanjut, DJ Lin bersyukur dengan kehadiran anak-anak sebagai penyeri hidupnya walaupun tidak bersuami.
Alhamdulillah, saya ada anak-anak yang sentiasa ada dengan saya susah senang.
Sebab kadang-kadang ujian hidup ini kita reda menerima tapi kita hanyalah manusia, ada perasaan.
Tiga tahun beraya tanpa ibu, DJ Lin akui sukar namun tetap meneruskan kehidupan dengan meluahkan rindu pada arwah ibunya secara bermonolog.





