Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diuji dengan pemergian ibu tercinta sejurus selesai menjawab kertas bahasa Inggeris.
Artikel Berkaitan: Ayah Meninggal Sebulan Sebelum SPM, Gadis Berjaya Raih 9A & Anugerah Pelajar Terbaik
Artikel Berkaitan: Lepas Habis SPM, Pelajar Ini Baru Tahu Ayah Sudah Meninggal. Sedihnya…
Ibu tercinta meninggal dunia
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, remaja yang dikenali sebagai Rania dilihat masuk ke dalam rumah sambil diiringi oleh ahli keluargnya.
Difahamkan, khabar itu dimaklumkan kepada Rania sejurus sampai ke rumah kerana enggan mengganggu fokusnya menjawab kertas bahasa Inggeris.
Kami tunggu Rania balik dari sekolah.
Habis peperiksaan SPM kertas bahasa Inggeris hari ini.
Sampai di rumah baru kami maklumkan yang mama Rania dah tiada.
Allah dah jemput, Allah lebih sayang adik kami.
Rania mesti kuat, teruskan perjalanan hidup ini dengan papa.
Doa netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat keadaan Rania yang ditimpa ujian pemergian ibu tercinta di hari peperiksaan besarnya. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Rania diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan.
Sumber: TikTok @dearsara
The post [VIDEO] Calon SPM Dapat Khabar Pemergian Ibu Usai Tamat Peperiksaan Kertas Bahasa Inggeris – ‘Rania Mesti Kuat’ first appeared on OHBULAN!.




…..Rania mesti kuat ..terus kan perjalanan hidup ini dgn Papa.. Buat adik ku..berihat lah dik..Moga kau tenang diSana..Syurga buat adik


