29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bella Astillah Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Idaman – ‘Tak Nak Orang Dalam Industri Seni & Tidak Pergi Kelab Malam’

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi ciri-ciri lelaki idaman yang ingin dimilikinya sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh kelak.

    Ciri lelaki idaman Bella

    " data-video-id="7466369132380851473">
    @didi_angel_astillahNahhh saya belanja kamurang jawapan cepumas dari kak bella. Saya lari dulu ah gaissss ????????? bye? original sound – Didi Angel Astillah

    Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabella Astillah, 31, berkata, dia tidak mahu mencari calon suami dalam kalangan penggiat seni.

    Bukan itu sahaja, bekas isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz ini juga meletakkan syarat bahawa bakal suaminya itu bukanlah seorang perokok selain tidak terjebak dengan pengambilan minuman keras atau barang terlarang.

    Tak hisap rokok, vape, shisha… Sudah tentu tak pergi kelab malam! Tak minum alkohol.

    Tidak terlibat dengan bahan terlarang dan paling penting dia bukan dalam industri seni.

    Bella berkongsi perkara itu susulan diajukan soalan oleh adiknya, Didi Astillah yang bertanya tentang ciri-ciri lelaki idamannya.

    MENARIK:  [VIDEO] Sedih Dengar Kisah Ayah Teman Anak Jalan Kaki Ke Sekolah Sejauh 6KM, Hafiz Mahamad Buat Kejutan Hadiahkan Motosikal

    Selepas mendengar jawapan tersebut, Didi sengaja mengusik Bella adakah kakaknya itu akan menerima sekiranya lelaki itu menceburi bidang politik.

    Bella yang kelihatan terkedu dengan pertanyaan Didi bagaimanapun hanya mampu tertawa tanpa memberi sebarang jawapan sebelum berlalu pergi.

    Terdahulu, hubungan rapat Syed Saddiq dan Bella menarik perhatian ramai apabila foto dan video dimuat naik di media sosial tular. Malah peminat juga ‘merestui’ sekiranya mereka berdua bertemu jodoh suatu hari nanti.

    Untuk rekod, Bella adalah ibu tunggal dua cahaya mata, Mohamed Ayden Adrean, 8 dan Ara Adreanna, 5, selepas bercerai dengan bekas suami, penyanyi Aliff Aziz pada 13 Jun tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah