
Pembantu rumah kepada pelakon, Datin Intan Najuwa yang dikenali sebagai Irma Windya meluahkan rasa syukur dan beruntung kerana pelakon itu telah menjadi majikan yang sangat baik buat dirinya.
Syukur dapat majikan baik seperti Intan

Menerusi TikTok, Irma memuat naik beberapa momen manis sepanjang empat bulan dirinya bekerja bersama Intan.
Menurut Irma, meskipun hanya berstatus sebagai pembantu rumah, Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Azraf tetap melayan mereka seperti keluarga.
Alhamdulilah empat bulan kerja di rumah Datin Intan Najuwa, banyak rezeki yang saya rasakan.
Datin dan Datuk anggap semua pekerja dah macam keluarga.
Tambahnya, Intan dan suami sangat menghargai pekerja dengan membawa mereka makan ke restoran mewah serta menginap di hotel bertaraf lima bintang.
Datin selalu belanja makan yang saya tak tahu bila boleh beli.
Datin belanja baju raya cantik, tidur di hotel yang saya pun tak mampu.
Di akhir perkongsian, Irma menganggap adalah satu rezeki buatnya untuk mempunyai majikan sebaik Intan dan suami.





