Penyanyi terkenal Jamal Abdillah akui memerlukan banyak tenaga untuk memikul gelaran seorang ayah di usianya kini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jamal Abdillah Tengah Marah Pun Suara Sedap’
Artikel Berkaitan: Jamal Abdillah Sedia Hulur Wang Buat Perbelanjaan Zaki Yamani Di Universiti – ‘Tanggungjawab Sebagai Seorang Ayah Akan Diteruskan’
Kerenah anak-anak

Ketika ditemui , pemilik nama Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali mengulas kembali momen dirinya memarahi anak-anak yang mandi di tempat lembu minum air.
Saya bawa budak-budak ini pergi bercuti di tempat ladang lembu saya.
Dalam pada masa yang sama, saya beri kebebasan kepada mereka. Tapi tak sangka pula sampai macam itu.
Risau juga kalau lembu tanduk. Boleh bawa maut.
Sebagai seorang ayah, saya tak mahu anak-anak cedera.
Cuma saya tak sangka ramai orang suka.
Jamal berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Air Asia Hausboom Festival 2025 yang berlangsung di Kuala Lumpur International Airport (KLIA 2), pada Rabu.
Ayah yang tegas

Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Gadis Melayu’ itu memaklumkan tidak sukar untuk menjaga anak-anak di usianya yang hampir mencecah 70 tahun.
Ujarnya, dia perlu mengupah pengasuh untuk membantu menguruskan anak-anak.
Saya jarang marah. Sekali saya marah atau tinggikan suara, mereka akan takut.
Apa yang mereka buat itu, bahaya. Alhamdulillah tiada apa-apa terjadi.
Kita memerlukan tenaga yang banyak untuk menjaga anak-anak.
Saya upah dua orang pengasuh. Sorang separuh masa dan lagi seorang sepenuh masa.
Kalau kita pergi outstation, pengasuh separuh masa akan datang.
Ikut pengalaman saya, di usia ini memang letih jaga anak-anak.
Yang bongsu baru umur tujuh bulan, bayangkan.
Susulan itu, Jamal akui tenang mendengar tangisan anak-anak dan menganggap ianya sebagai satu hiburan.
The post [VIDEO] Jamal Abdillah Upah Dua Pengasuh, Akui Penat Urus Anak-Anak – ‘Yang Bongsu Baru 7 Bulan, Bayangkan’ first appeared on OHBULAN!.





