27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [ VIDEO] Azhar Sulaiman Mohon Bantuan Perhilitan Pindahkan Monyet Ke Hutan – ‘Sumber Makanan Mereka Kurang Di Sini’

    Shopee Sale

    Pelakon Azhar Sulaiman, menarik perhatian ramai selepas memuat naik video yang memaparkan sekumpulan monyet sedang berkeliaran di kawasan kediamannya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Masalah Sebenar Adalah Gajet, Pelajar Terdedah Dengan Budaya Tak Elok’ – Azhar Sulaiman

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhar Sulaiman Dapat Rasa Air Tangan Leona, Bangga Anak Berdikari Di Negara Orang – ‘Dia Dah Boleh Kahwin’

    Risaukan sumber makanan & minuman

    Menerusi video yang dikongsikan di Facebook, pemilik nama Azhar Sulaiman, 54, dilihat sedang merakam persekitaran rumahnya yang dikelilingi dengan monyet.

    Saya mahu mereka dipindahkan bukan sebab tak suka datang ke kolam renang, tapi saya risaukan sumber makanan dan minuman mereka semakin berkurangan di kawasan ini.

    Sumpah ya, ini tidak ada kena-mengena dengan mereka berpesta di dalam kolam renang kami tanpa kebenaran.

    Pindahkan monyet ke hutan

    Dalam masa yang sama, Azhar meminta pihak bertanggungjawab untuk memindahkan haiwan tersebut kerana khuatir dengan sumber makanan dan minuman yang makin berkurangan di kawasan berkenaan.

    MENARIK:  [VIDEO] Duet Lagu ‘Tennessee Whiskey’, Cakra Khan Kagum Dengar Kehebatan Suara Azharina

    Azhar juga menekankan bahawa cadangannya itu bukan kerana kurang senang dengan kehadiran mereka tetapi kawasan di situ semakin terhad.

    Kepada Jabatan Perhilitan Wilayah Persekutuan, jemputlah datang ke Kampung Sungai Pencahala untuk ambil kawan-kawan saya, pindahkan mereka ke hutan atas Terowong Pencahala Link.

    Hutan sana lebih besar, sini sudah menjadi sekangkang kera. Jadi tolonglah, kalau boleh ada ‘free time’ bawa mereka ke sana. Terima kasih.

    Justeru, pelakon drama Aku Bukan Ustazah itu meminta bantuan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Wilayah Persekutuan untuk memindahkan monyet-monyet tersebut ke hutan yang lebih luas.

    Sumber: Facebook

    The post [ VIDEO] Azhar Sulaiman Mohon Bantuan Perhilitan Pindahkan Monyet Ke Hutan – ‘Sumber Makanan Mereka Kurang Di Sini’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah