30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Apa Salahnya Kalau Cerita Dari Awal? Kami Tiada Hak Ke?’ – Adik Ipar Prince Syed

    Shopee Sale

    Adik ipar kepada usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed iaitu Muhd Ikhwan Alif, mendedahkan ibu bapanya masih tidak dapat melawat kakaknya, Fatin Syazwani.

    Artikel Berkaitan: Isteri Prince Syed Mohon Henti Kecam Suami, Pembedahan Bariatrik Keputusan Sendiri – ‘Dia Tiada Kena Mengena’

    Artikel Berkaitan: Prince Syed Perjelas Isteri Buat Bariatrik Bukan Sebab Nak Jual Ubat Kurus, Tapi Akibat ‘Body Shaming’ – ‘Fatin Malu Orang Cakap Dia Gemuk Pendek’

    Adik ipar terkilan

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Ikhwan Alif meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan Prince Syed yang didakwa tidak menceritakan hal sebenar.

    Tambahnya, mereka berhak sebagai keluarga untuk melihat keadaan Fatin Syazwani yang terlantar sakit.

    Awak potong perut dia (Fatin Syazwani), sebab apa? Apa salahnya kalau dari awal awak cerita pada kami.

    Kami ini siapa? Selepas awak kahwin dengan dia, kami tiada hak ke untuk tahu perkembangan kakak sendiri.

    Sampai sakit terlantar. Kami tak boleh nak pergi melawat.

    Terdahulu, ibu bapa Fatin mendakwa Prince Syed tidak membenarkan mereka untuk menjenguk anaknya itu yang dikhabarkan sedang sakit.

    MENARIK:  ‘Suami Isteri Ini Effort Memang Kena Bersama, Sama-Sama Susah & Senang’ – Shila Amzah

    Lebih mengejutkan, ibu Fatin juga mendakwa anaknya telah diminta untuk menjalani pembedahan bariatrik bagi tujuan menjual produk melangsingkan badan.

    Selain itu, Ikhwan Alif merupakan salah seorang daripada empat individu ditahan polis selain ibu bapa, dan abangnya bagi membantu siasatan kes perselisihan faham yang terjadi antara Prince Syed.

    Bagaimanapun, mereka telah dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

    Sumber: Threads @_mrs_adawiyah

    The post [VIDEO] ‘Apa Salahnya Kalau Cerita Dari Awal? Kami Tiada Hak Ke?’ – Adik Ipar Prince Syed first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah