27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Suami Isteri Ini Effort Memang Kena Bersama, Sama-Sama Susah & Senang’ – Shila Amzah

    Shopee Sale

    Penyanyi, Shila Amzah berkongsi pandangan mengenai pentingnya usaha bersama antara suami dan isteri dalam membina rumah tangga.

    Artikel Berkaitan: Shila Amzah Dakwa Diserang? – ‘Seorang Yang Berpengalaman Bertindak Tidak Profesional’

    Artikel Berkaitan:  [VIDEO] Shila Amzah Ditawar RM10 Juta, Tolak ‘Offer’ Tanpa Fikir Panjang – ‘Mereka Nak Saya Buka Tudung’

    Kena berusaha sama-sama

    Menurut pemilik nama Nurshahila Amir Amzah, 36, setiap pasangan perlu bersedia menempuh fasa susah dan senang, duka serta gembira bersama demi membina hubungan yang lebih kukuh dan stabil.

    Kata pelantun lagu Memori Tercipta itu, sebagai manusia kita tetap akan diuji.

    Bagaimanapun, pasangan suami isteri perlu saling menyokong, memahami dan kekal bersama dalam menghadapi setiap cabaran kehidupan.

    Suami isteri perlu berusaha bersama-sama. Sama-sama susah, sama-sama senang, sama-sama sedih dan sama-sama gembira.

    Allah akan uji kita pelbagai sudut, nama pun kehidupan. Asalkan kita selalu bersama, bertanggungjawab, ikhlas, insya-Allah akan dimudahkan jalan.

    Semoga kita semua akan sentiasa sakinah, mawaddah, warahmah bersama pasangan kita.

    Shila memberi pandangan itu selepas melihat video tular di media sosial berkenaan seorang isteri melakukan kejutan hari lahir kepada suaminya yang sentiasa susah senang bersamanya.

    MENARIK:  Dua Beradik Maut Dalam Peti Sejuk Ketika Main Sorok-Sorok Di Rumah

    Terdahulu, seorang isteri memuat naik video memaparkan suaminya menangis terharu apabila dihadiahkan sebiji motor sempena ulang tahun kelahirannya.

    Sumber: Threads

    The post ‘Suami Isteri Ini Effort Memang Kena Bersama, Sama-Sama Susah & Senang’ – Shila Amzah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah