Penyanyi Afgan berkongsi pandangannya mengenai ciri-ciri calon isteri idaman.
Artikel Berkaitan: Afgan Kembali Ke Kuala Lumpur Dengan ‘Afgan Retrospektif Showcase’ – ‘Saya Mahu Setiap Lagu Memberi Makna & Memori’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Mahu Berkahwin Kerana Allah, Cinta Sahaja Tidak Cukup’ – Afgan
‘Wanita itu perlu kelakar’
Menerusi podcast Comic 8 Revolution bersama Ivan Gunawan baru-baru ini, Afgan atau nama lengkapnya Afgansyah Reza, 36, tidak meletakkan syarat ketat mengenai latar belakang calon isterinya.
Saya tak kisah calon isteri saya dari kalangan orang seni atau tidak, tapi yang penting adalah memiliki hati baik.
Afgan juga mengatakan bahawa calon pasangannya juga mestilah menerima dirinya selain mempunyai sifat kelakar.
Dia juga boleh menerima saya apa adanya dan wanita itu perlu kelakar.
Saya seorang yang ‘gila-gila’, dan sama sekali bukan orang yang serius. Jadi kalau jumpa pasangan yang serius, nanti jadi bosan.
Menurut penyanyi itu, sifat kelakar dan mudah mesra antara ciri-ciri pasangan yang boleh menjadikan sesebuah rumah tangga lebih harmoni.
Afgan menegaskan bahawa walaupun penampilan dan status seseorang bukan keutamaan, hati yang baik dan sikap menerima adalah kunci kebahagiaan.
Sumber: TikTok Comic 8 Revolution
The post [VIDEO] Afgan Kongsi Ciri Calon Isteri, Nak Wanita Kelakar – ‘Kalau Serius Nanti Jadi Bosan’ first appeared on OHBULAN!.





