Pelakon kacak, Hisyam Hamid memberikan respon berkenaan kewujudan sebuah akaun milik peminatnya yang didakwa obses dan sering menyunting serta memuat naik foto mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hisyam Hamid Tetap Pendirian Enggan Tayang Badan – ‘Saya Tak Nak Adegan Keterlaluan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hisyam Hamid Selesa Hidup Solo, Anggap Gelaran Duda ‘Hot’ Sebagai Pujian – ‘Apa Yang Penting, Saya Tahu Jaga Diri’
Sekadar peminat

Ketika ditemui , Hisyam atau nama lengkapnya Hazmi Hisyam Abdul Hamid, 40, memaklumkan bahawa dia menyedari akan perkara tersebut.
Meskipun berasa kurang senang dengan tindakan individu berkenaan, namun Hisyam menganggap peminat itu hanya sekadar menunjukkan tanda sokongannya.
Saya perasan mengenai kewujudan peminat itu. Bagi saya, mungkin ada posting yang dimuat naik agak kurang senang, agak sensitif sikit.
Tapi saya anggap benda itu macam dia sekadar peminat seperti yang lain..yang memberi sokongan kepada saya.
Hisyam berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan perdana drama ‘Saat Aku Tahu’ yang berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur pada Rabu.
Tiada tindakan
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Hisyam mengambil pendekatan untuk tidak melakukan sebarang tindakan lanjut terhadap individu terbabit walaupun ramai pihak yang menasihatinya untuk berbuat demikian.
Selagi tak melanggar undang-undang ke etika ke atau keterlaluan bagi saya atau keluarga saya, saya okay saja.
Ikutkan ramai yang minta saya untuk mengambil tindakan. Tapi rasanya akaun dia dah tak ada. Bagi saya, selagi dia tidak melampaui batas, saya okay saja.
Setakat hanya di media sosial saja.
Dalam perkembangan lain, Hisyam bersama barisan pelakon Ummi Nazeera, Anna Jobling, Luqman Hafidz, Datuk Eizlan Yusof dan Quinneyra Alyssha membintangi drama tersebut yang bertemakan psikologi romantik tentang kepercayaan, kekecewaan dan dendam dalam hubungan.
Bakal menemui penonton pada 6 November ini, siri 15 episod tersebut akan ditayangkan di platform Viu pada setiap hari Khamis dan Jumaat.
The post [VIDEO] ‘Ada Posting Yang Saya Kurang Senang’ – Hisyam Hamid Akui Sedar Wujud Akaun Peminat Obses Di Media Sosial first appeared on OHBULAN!.





