
Kelunakan suara penyanyi Ara Johari dianggap luar biasa apabila berjaya melantunkan nota tinggi secara bersahaja.
Hebat suara Ara Johari
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pelantun lagu ‘Bukan Lagi Kita’ dilihat menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitiri yang turut dihadiri barisan selebriti yang lain.
Apa yang meraih perhatian apabila Nadeera menghulurkan mikrofon kepada Ara Johari untuk meneruskan nyanyiannya bagi lagu Bukan Lagi Kita.
Selain itu, reaksi penonton mendengar kelunakan suara Ara dilihat kagum apabila dia berjaya menarik nota tinggi dengan keadaan dirinya yang sedang duduk.
Tarik sambil duduk




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kehebatan suara Ara Johari yang dilihat santai menyanyikan lagu Nadeera yang memiliki nota tinggi.





