26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Usaha Ali Puteh Untuk Selesaikan Kes Saman RM60,000 Kepada Balu Abam Bocey: Kronologi

    Shopee Sale



    Ali Puteh

    Kemelut yang berlaku antara pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah Hamzah terus berlarutan hingga ke hari ini.

    Usaha selesaikan

    Ali Puteh

    Terbaharu, menerusi hantaran di TikTok, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkongsi kronologi mengenai isu yang didakwa tidak membayar duit saman kepada Hidayah.

    Menurut Ali, dia sudah pun melakukan beberapa cara untuk melunaskan bayaran hutang berjumlah RM60,000 kepada balu abangnya itu.

    Antara usaha yang dilakukan sebelum ini termasuklah menjual tiga buah motosikal miliknya berjumlah RM52,000 dan membayar secara ansuran.

    Pun begitu, Hidayah didakwa enggan menerima cara pembayaran tersebut, sebaliknya mahukan dalam bentuk wang tunai.

    Ali kemudian memaparkan perjanjian yang telah ditetapkan yang mana baki bayaran dalam bentuk wang hanyalah RM23,000 dan selebihnya bayaran boleh dilakukan dalam bentuk aset iaitu motosikal.

    MENARIK:  [VIDEO] Janna Nick Terbeliak Biji Mata Dengar Peserta ICSYV Nyanyi – ‘Saya Sangat Terpegun Dengan Suara Dia!’

    Dalam pada itu, Ali turut mempersoalkan tindakan Hidayah yang didakwa telah memburukkan namanya di media sosial dengan memuat naik kenyataan berbentuk fitnah.

    Kata Ali lagi, dia juga sedang berusaha mengumpal wang dengan cara menjual sambal petai yang diusahakan untuk membayar baki saman tersebut.

    Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah