30.6 C
Kuala Lumpur
Friday, November 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pernah Hampir Lemas, Individu Dedah Kamal Adli Jadi Penyelamat – ‘Saya Terhutang Budi & Nyawa’

    Shopee Sale

    Seorang individu tampil berkongsi pengalaman tidak dapat dilupakan apabila  pernah diselamatkan oleh pelakon Kamal Adli ketika menyertai aktiviti di Gua Tempurung, Perak.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Kagum Dengan Sifat Matang – ‘Jadi Orang Tengah Tidak Melagakan’

    Diselamatkan Kamal Adli

    Menerusi satu hantaran di Threads, individu berkenaan berkata kejadian itu berlaku ketika dia bersama dua orang rakannya sedang menyiapkan tugasan.

    Mereka kemudian secara kebetulan bertembung dengan kelab peminat Kamal yang turut mengadakan program di lokasi sama.

    Saya pernah rasa terhutang budi dan nyawa dengan Kamal Adli.

    Saya tahu dia masih ingat ataupun tidak, beberapa tahun lalu saya dan dua orang kawan saya buat vlog untuk tugasan kami.

    Menurutnya, dia dan rakan-rakan dibenarkan untuk menyertai aktiviti berkenaan. Namun, berlaku kejadian yang tidak diingini apabila dirinya hampir lemas.

    Kamal yang berada di tempat kejadian  sempat menghulurkan bantuan dengan menarik tangan individu tersebut dan dia berjaya diselamatkan.

    Nak jadikan cerita, aktiviti kami tu bertembung dengan kelab peminat Kamal Adli di Gua Tempurung.

    Person in charge tu kata boleh sertai sekali sebab kami tiga orang sahaja.

    Dipendekkan cerita, saya hampir lemas dan hanyut tapi Kamal sempat tarik tangan saya dan Alhamdulillah saya selamat. 

    Saya fikir pasal nyawa je masa itu. Terima kasih ketua (panggilan Kamal di Threads).

    Pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, itu membalas hantaran tersebut dengan mengucapkan rasa syukur apabila individu berkenaan terselamat daripada kejadian tersebut.

    Saya tak ingat, tapi Alhamdulillah awak selamat dan dapat enioy kehidupan awak kedepan. Nanti tolong saya okay kalau jadi apa-apa.

    Sumber: Threads 

    MENARIK:  Wanita Didakwa Jadi Mangsa R*gol Bapa & Dua Bapa Saudara Sejak Usia 13 Tahun, Ibu Hanya Respon – ‘Yang Penting Tak Hamil’

    The post Pernah Hampir Lemas, Individu Dedah Kamal Adli Jadi Penyelamat – ‘Saya Terhutang Budi & Nyawa’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah