Anak kepada usahawan terkenal Kak KM iaitu Faris KM meluahkan rasa terharu apabila namanya turut tercalon bagi kategori Nepo Baby Paling Viral di Paling Viral Online 2.0 (OBPVO).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Menangis Anak Bakal Masuk Universiti – ‘Nanti Kalau Faris Lapar Macam Mana?’
Platform terbaik

Ketika ditemui Faris, 20, sama sekali tidak menyangka akan tersenarai bersama 14 lagi calon lain di dalam kategori tersebut.
Saya baru bangun dari tidur dan mama mention dalam Instagram Story. Saya ingat video mama masak rupanya tercalon dalam OBPVO. Saya rasq inilah masanya untuk saya bersinar.
Meskipun, persaingan bagi kategori tersebut agak sengit namun, Faris tetap optimis dan yakin dengan pesonanya yang tersendiri.
Saya tidak terlalu merasa tertekan walaupun pesaing saya semuanya hebat-hebat dan sudah ada nama.
Saya percaya tidak semestinya yang menang akan lebih bersinar, yang kalah pun kadang-kadang lebih rezekinya. Tapi andai saya menang, apa salahnya kan. Alhamdulillah.
Bukan itu sahaja, Faris juga percaya bahawa OBPVO adalah platform terbaik untuk dirinya lebih dikenali ramai kerana dia berhasrat untuk menceburi bidang seni.
Inilah permulaannya sebab daripada sini saya akan lebih menyerlah terutama di platform
Sementara itu, Kak KM turut meluahkan rasa bangga apabila bakat anaknya mula dikesan ramai dan tercalon di anugerah berkenaan.
Ya, saya percaya ini permulaan yang baik untuk Faris. Saya memang suka bila dia tercalon. Kalau menang kalah itu memang adatlah.
Saya pun tercalon untuk edisi tahun lepas, walaupun tak menang tapi yang penting kita ada dalam pencalonan itu dan membuatkan kita rasa bangga.
Orang pun akan nampak dan lebih mengenali kita.
Dalam pada itu, sebagai seorang ibu, Kak KM memberikan sokongan penuh dan berharap agar Faris dapat melebarkan sayapnya di dalam industri hiburan.
Masa inilah penerbit nak nampak anak mama. Lepas tu Faris kalau kau menanglah, jangan lupa panggil mama naik pentas sama-sama.
Untuk info, OBPVO2.0 mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 Januari ini yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!
The post #OBPVO2.0: Faris KM Teruja Turut Tercalon, Mahu Bakat & Nama Lebih Dikenali – ‘Inilah Permulaannya..’ first appeared on OHBULAN!.





