Pejam celik, dah masuk November! Mesti ramai yang dah mula rancang nak shopping itu dan ini, apatah lagi bila pelbagai sale mula ditawarkan.
Tapi, selain menunggu harga murah, apa kata manfaatkan peluang untuk dapatkan ganjaran tambahan setiap kali berbelanja?
Menerusi kempen Ganjaran Pasti Ada, ShopeePay menawarkan pelbagai rewards menarik sepanjang November ini. Bukan sahaja boleh menikmati baucar dan pulangan tunai, malah ada tawaran kopi percuma serta kemudahan pembayaran yang lebih fleksibel.
Jom tengok apa yang korang boleh dapatkan!
1. Pengguna baharu boleh nikmati RM15 percuma dan baucar RM100!

Belum pernah cuba aplikasi ShopeePay? Apa kata mula sekarang! Korang cuma perlu muat turun aplikasi dan masukkan kod SPPEW15 untuk menikmati RM15 percuma yang akan terus dikreditkan.
Lagi best, ada RM100 Welcome Vouchers yang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai transaksi harian.
Korang boleh dapatkan dua baucar pulangan tunai RM15 untuk pembayaran QR, RM20 Coins Cashback bagi pembayaran bil JomPAY dan tambah nilai prabayar, serta RM30 Coins Cashback untuk pembelian pakej data.
Kalau nak lebih jimat, jangan lupa claim Mega Voucher Pack bernilai RM111 yang boleh membantu korang untuk nikmati pelbagai tawaran menarik!
2. Beli satu kopi, dapat satu percuma di FamilyMart!

Bukan tu je, kaki kopi mesti suka tawaran ini! Nka tau tak, korang boleh menikmati kopi menerusi promosi Buy 1 Free 1 (B1F1) di FamilyMart.
Caranya mudah, cuma tuntut baucar yang tersedia dalam aplikasi ShopeePay dan gunakannya untuk menikmati kopi percuma.
Lebih menarik, baucar ini diperbaharui setiap minggu, jadi bolehlah rebut peluang ini berulang kali!
3. Black Friday & Cyber Monday, masa untuk shopping lebih berbaloi!
Dah lama usha kasut atau pakaian sukan baharu? Mungkin sekarang masa paling sesuai untuk korang tambah koleksi menerusi tawaran Black Friday di JD Sports.
Dengan SPayLater, korang boleh dapat diskaun RM80 untuk pembelian minimum RM400.
Bukan itu sahaja, JD Top Spender Challenge turut menawarkan hadiah menarik buat pembeli bertuah, termasuk enam pasang kasut untuk pemenang pertama, tiga pasang kasut untuk pemenang kedua, JD Gift Card RM500 untuk pemenang ketiga dan dua JD Gift Card RM200 sebagai hadiah saguhati.
Tak cukup dengan itu, pengguna juga boleh melengkapkan Daily Missions untuk membuka baucar SPayLater berperingkat dengan diskaun sehingga RM45.
4. Nak bayar lebih fleksibel? Nikmati ansuran 0% dengan SPayLater!

Kalau korang nak membuat pembelian tanpa perlu keluarkan jumlah penuh sekaligus, SPayLater boleh jadi salah satu pilihan yang memudahkan urusan pembayaran.
Menerusi ciri 3 Months, 0% Everywhere with QR, korang boleh membahagikan pembayaran kepada tiga bulan dengan kadar faedah 0% apabila membuat pembayaran melalui QR di semua merchant yang menerima kemudahan ini.
Jadi, bolehlah urus perbelanjaan dengan lebih fleksibel tanpa perlu membayar semuanya sekaligus!
5. Simpan duit pun boleh dapat pulangan dengan Money+!

Selain memudahkan urusan pembayaran, ShopeePay turut menawarkan Money+ yang membolehkan korang menikmati pulangan harian sehingga 5% setahun (p.a.) bagi RM10,000 pertama, dengan nilai minimum RM200 dalam akaun.
Lebih menarik, Money+ mempunyai had pegangan sehingga RM30,000 dan menggunakan dana yang patuh Syariah.
Malah, wang dalam Money+ boleh diakses pada bila-bila masa untuk pembayaran ketika checkout menggunakan ShopeePay, transaksi DuitNow QR, pemindahan wang kepada rakan atau pengeluaran.
Dalam masa sama, jangan lupa gunakan voucher untuk pembayaran kepada merchant kerana korang juga berpeluang menikmati ganjaran Coins Bonanza sehingga 20,000 coins!
Jangan lepaskan peluang nikmati lebih banyak rewards November ini!
Nampaknya, musim beli-belahNovember kali ini bukan sekadar tentang mencari barang pada harga murah.
Dengan kempen Ganjaran Pasti Ada, ada pelbagai cara untuk korang menikmati penjimatan dan rewards tambahan menerusi ShopeePay.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini! Muat turun aplikasi ShopeePay, masukkan kod SPPEW15 untuk mendapatkan RM15 percuma dan mula claim pelbagai ganjaran menarik yang menanti.
The post RM15 Percuma, Voucher RM111 & Kopi B1F1, Ini ganjaran ShopeePay! first appeared on OHBULAN!.





