Penyanyi, Sarah Suhairi mengakui penulis lirik, Allahyarham Rudy Imran Shamsudin atau turut dikenali dengan nama Iman Imran banyak memainkan peranan dalam membimbing perjalanan seninya sepanjang berada dalam industri muzik tanah air.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarah Suhairi Saran Semak Latar Belakang Pasangan Sebelum Berkahwin – ‘Bagus Untuk Berjaga-Jaga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarah Suhairi Tidak Tertekan Diaju Soalan Tentang Anak – ‘Ada Mak Cik Yang Sampai Pegang Perut Saya’
Mentor

Ketika ditemui , Sarah, 26, menyifatkan Allahyarham Rudy sebagai mentor yang banyak berkongsi ilmu dengannya sejak awal pembabitan dalam industri muzik.
Sebelum saya masuk dalam bidang nyanyian, dia antara orang yang sangat memberi tunjuk ajar dari segi fesyen kerana saya mulakan karier ini dengan usia yang sangat muda.
Jadi, dia selalu ingatkan saya untuk berpakaian mengikut usia, tidak boleh terlalu berusia.
Kemudian apabila saya membuat keputusan untuk memasuki pertandingan nyanyian, dia banyak memberikan kata-kata semangat kepada saya.
Setiap kali sebelum buat persembahan, kami akan adakan sesi ‘pep talk’, dia akan membantu menenangkan saya selain mengajar saya membawa diri sebagai seorang anak seni.
Sarah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sesi prapendengaran eksklusif EP terbaharunya berjudul Selesai, yang berlangsung pada malam Rabu.
Dalam masa yang sama, Sarah mengakui sering berasa sebak setiap kali mengenangkan Allahyarham Rudy, biarpun sudah lima tahun pemergiannya.
Saya sangat terhutang budi dengan arwah sebab tanpa dia mungkin banyak perkara yang saya akan terlepas pandang. Mungkin saya juga tidak tahu bagaimana mahu membawa diri dalam industri ini dan sebagainya.
Arwah ialah insan yang sangat berjasa untuk saya dan saya yakin begitu juga kepada semua orang di sekelilingnya.
Saya sangat berterima kasih kepada arwah dan saya harap EP Selesai ini juga menjadi salah satu hadiah buat arwah memandangkan dia adalah individu yang dekat dengan saya sejak awal kemunculan di industri ini.
Untuk rekod, Allahyarham Rudy, 47, menghembuskan nafas terakhir akibat kanser usus di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor, pada jam 11.30 pagi, 31 Mac 2022.
The post [VIDEO] Sarah Suhairi Akui Arwah Rudy Imran Individu Penting Dalam Kerjaya Seni – ‘Saya Sangat Terhutang Budi’ first appeared on OHBULAN!.





