Isteri kepada pempengaruh media sosial dan usahawan, Abang Tesla iaitu Nurmajdina tenang berdepan dengan pelbagai komen negatif yang diterimanya, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Abang Tesla Perjelas Sebab Masih Bertahan Dalam Perkahwinan
Artikel Berkaitan: Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis Lebih RM30k Untuk IVF, 6 Tahun Jadi Pejuang Garis Dua
Makin santai

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nurmajdina Jamari memuat naik tangkap layar yang memaparkan seorang individu melemparkan komen berbaur kecaman kepadanya.
Bagaimanapun, Majdina memilih untuk tidak melatah sebaliknya memberi reaksi ringkas terhadap komen-komen yang mengutuknya mengenai kehamilannya.
Makin lama makin santai melayan komen. Dah nak Ramadan, jaga iman.
Sebelum ini, seorang individu yang dilihat menggunakan akaun palsu meninggalkan komen negatif tentang kehamilannya.
Individu itu mendakwa Majdina tidak mengandung dan mengaitkan perkara itu sebagai punca dia tidak mempunyai anak.
Sumber: Threads
The post ‘Sebab Itu Tak Dapat Mengandung’ – Nurmajdina Kekal Tenang, Enggan Layan Provokasi Netizen first appeared on OHBULAN!.





