Bekas isteri kepada penyanyi, Nubhan iaitu Dr Fie tampil bersuara selepas namanya menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Artikel Berkaitan: Bekas Pekerja Pertahan Suami Dr Fie, Dedah Sikap Sebenar Kapten Amrul – ‘Bukan Kaki Perempuan’
Artikel Berkaitan: Dr Fie Terharu Suami Tak Pernah Merungut, Sanggup Layan ‘Photoshoot’ Berjam-jam – ‘Awak Sentiasa Jadi Penyokong Terbesar Saya’
Dr Fie mahu berbaik

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 36, menitipkan pesanan yang dipercayai ditujukan kepada bekas suaminya, Nubhan agar melepaskannya dengan ikhlas.
Malah dia juga berharap agar mereka dapat menjalinkan hubungan yang baik demi anak-anak.
Lepaskanlah saya dengan ikhlas. Berbaiklah demi anak-anak. Apa lagi yang kita nak dalam hidup ini? Fie nak syurga sahaja buat kita semua.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengaitkan kenyataan itu dengan dakwaan Nubhan mengenai isu hutang berjumlah RM2 juta yang didakwa melibatkan Dr Fie.
Tidak berdiam diri, Dr Fie tampil mempertahan diri dan meminta pihak berkenaan menunjukkan bukti bahawa hutang tersebut adalah benar miliknya.
Komen

Sumber: Threads
The post ‘Lepaskanlah Saya Dengan Ikhlas, Berbaiklah Demi Anak-Anak’ – Dr Fie first appeared on OHBULAN!.





