25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, November 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Safawi Rasid Ada Sebab Kukuh Tinggalkan Kem Harimau Malaya – ‘Tak Boleh Cerita, #FamilySafetyFirst’

    Shopee Sale

    Pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid menjelaskan tindakannya meninggalkan kem latihan skuad Harimau Malaya di China bukanlah dibuat tanpa alasan munasabah.

    Artikel Berkaitan: ‘Bila Dah Kahwin, Kita Je Kenal Suami Luar Dalam’ – Syifa Melvin Rindu Safawi Rasid, Titip Doa Dari Jauh

    Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Tak Berdiam Diri Anak Dihina, Buat Laporan Polis & Akan Ke MCMC

    #SafetyFamily

    Menerusi hantaran di Threads, Safawi, 29, berkata dia mempunyai sebab tersendiri yang tidak dapat didedahkan kepada umum.

    Saya bukan saja-saja tinggalkan kem Malaysia, ada benda yang boleh cerita ada benda yang tak boleh cerita.

    Dalam pada itu, Safawi menegaskan dia tidak pernah menolak panggilan untuk menyarung jersi kebangsaan sepanjang bergelar pemain profesional. Malah, dia menyifatkan peluang mewakili negara sebagai satu penghormatan.

    Setakat ni saya tak pernah lagi tolak tawaran pasukan Malaysia jika dipanggil sepanjang karier saya. Sarung baju hitam kuning adalah kebanggaan saya.

    Menerusi hantaran sama, suami kepada pelakon dan usahawan, Syifa Melvin itu turut meletakkan tanda pagar #FamilySafetyFirst yang memberi gambaran bahawa keselamatan keluarga menjadi keutamaannya.

    MENARIK:  Hafidz Roshdi Didakwa Meningkatkan Bayaran Nafkah Anak Daripada RM100 kepada RM200-Menurut Shuhada

    Terdahulu, media melaporkan tonggak Kuching City FC itu terpaksa meninggalkan kem latihan skuad Harimau Malaya di China bagi menyelesaikan urusan keluarga.

    Perkembangan itu pastinya memberi cabaran tambahan kepada ketua jurulatih interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dalam merangka persiapan pasukan, lebih-lebih lagi selepas ketiadaan beberapa tonggak utama termasuk Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim.

    Sumber: Threads

    The post Safawi Rasid Ada Sebab Kukuh Tinggalkan Kem Harimau Malaya – ‘Tak Boleh Cerita, #FamilySafetyFirst’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah