31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, November 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Eurovision 2026: Aina Abdul Gementar Jadi Penutup, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Save The Best For Last’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mengakui berasa gementar apabila mendapat giliran terakhir untuk membuat persembahan pada pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026 yang bakal berlangsung pada 14 November ini.

    Artikel berkaitan: Aina Abdul Kongsi Persiapan Ke Eurovision Song Contest Asia 2026, Pertaruh Lagu ‘Full English’

    Artikel Berkaitan: ‘Bluest Sky’ Karya Agung Aina Abdul, Habiskan 10 Jam Dalam Studio – ‘Lagu Ini Besar… Saya Curah Rasa Marah, Sedih & Cinta’

    Penutup persembahan

    Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 33, berkata menjadi urutan terakhir pastinya memberikan tekanan kerana penonton menantikan persembahannya.

    Saya sangat-sangat takut dan gemuruh sebab menjadi yang terakhir tidak semestinya bagus kerana tekanan untuk membuat persembahan pada giliran terakhir sangat berbeza.

    Penonton menunggu persembahan kita. Saya harap ini keputusan yang tepat untuk saya dan pertandingan ini. Saya harap dapat menutup pertandingan ini dengan sebaiknya.

    Aina berkongsi perkara itu ketika ditemu bual oleh pengamal media antarabangsa yang membuat liputan acara berkenaan.

    MENARIK:  ‘Dah Enam Tahun Dengan Dia Berdua, Tiba Ujian Macam Ni…’ – Aisyah Hijanah Kongsi Cara ‘Handle’ Diri Apabila Alif Tiada

    Dalam pada itu, di ruangan komen ramai menitipkan kata-kata semangat selain percaya terhadap kemampuan Aina untuk memberikan persembahan memukau menerusi lagu ciptaannya berjudul Bluest Sky.

    Untuk rekod, Aina yang mewakili Malaysia bakal menutup saingan Eurovision Song Contest Asia 2026 dengan membuat persembahan pada urutan ke-11.

    Selain Malaysia, pertandingan tersebut turut disertai oleh wakil negara Vietnam, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Filipina, Bangladesh, Thailand, Korea Selatan dan Nepal.

    Eurovision Song Contest Asia 2026 bakal bersiaran secara langsung pada 14 November ini di TV3 dan boleh juga disaksikan di Tonton.

    Sumber: TikTok

    The post Eurovision 2026: Aina Abdul Gementar Jadi Penutup, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Save The Best For Last’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah