Pelakon Uqasha Senrose berkongsi mengenai keadaan terkini anaknya, Hawta Uqaira yang didapati kurang sihat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Gembira Luang Masa Dengan Hawra, Rakam Penghargaan Kepada Uqasha – ‘Dua Minggu Tak Jumpa’
Artikel Berkaitan: Tular Video Bergaduh Dengan Uqasha Sebab Futsal, Kamal Adli Jelas Situasi Sebenar – ‘Nak Fitnah Pun Agak-Agaklah’
Kena ‘chicken pox’

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang berbaring bersama Hawra.
Uqasha turut memaklumkan bahawa Hawra mengalami cacar air (chicken pox) dan keadaan tubuh badannya kurang baik.
Ada budak kecil tu, kena chicken pox…kesian dia gatal badan. Bangun tidur, bangun tidur dia tak selesa tidur…garu-garu.
Pada hantaran lain, Uqasha menulis kenyataan ringkas didakwa sebagai respon kepada perkongsian bekas suami, Kamal Adli yang sebelum bersyukur apabila dapat bertemu dengan Hawra selepas dua minggu tidak bersua.
Bukan tak bagi dua minggu itu ya.
Terdahulu, Kamal meluahkan rasa syukur dan gembira apabila akhirnya dapat meluangkan masa bersama anaknya pada Khamis. Meskipun pertemuan tersebut singkat, namun Kamal mengakui momen itu telah mengubati rasa rindu dihati.
Kamal turut mengucapkan terima kasih kepada Uqasha kerana memberi peluang bertemu dengan Hawra.
Imbas kembali, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 12 Januari lalu.
Sumber: IG Uqasha Senrose
The post Uqasha Senrose Kongsi Hawra Alami ‘Chicken Pox’ – ‘Bukan Tak Bagi Dua Minggu’ first appeared on OHBULAN!.





