Debaran Anugerah Bintang Popular BH ke – 37 (ABPBH 37) semakin terasa apabila gandaan eksklusif menerusi platform penstriman Tonton kini rasmi dibuka bermula 10 November, jam 12.00 malam sehingga 9 Disember, jam 11.59 malam.
Artikel Berkaitan: Najmi Niery Terharu Tercalon ABPBH 37, Tak Akan Lupa Kenangan Ditahan Dalam Lokap Untuk Bergelar Anak Seni
Artikel Berkaitan: ‘Teruja Melihat Nama Saya Pertama Kali Dicalonkan Dalam ABPBH 37’ – Aizat Saha
70 peratus undian peminat, 30 peratus penilaian juri professional

Menariknya, undian kali ini peminat boleh memberikan sokongan kepada calon Top 10 mereka dengan menggandakan kemenangan artis kesayangan dalam 16 kategori utama dan 5 kategori Ekstra!
Undian boleh dilaksanakan melalui laman web rasmi http://www.tonton.com.my dan http://www.abpbh.com.my. Peminat hanya perlu mendaftar nama, nombor telefon dan emel sebelum memulakan proses undian.
Setiap undian gandaan Tonton hanya layak menerima satu langganan sahaja. Selepas semua kredit undian digunakan, pengguna perlu membuat akaun baharu untuk membeli undian tambahan.
Pembaharuan langganan bagi akaun yang sama tidak dibenarkan sama sekali. Selain daripada undian gandaan Tonton, pengguna tetap akan menerima 10 undian percuma setiap hari.
Peminat juga boleh meningkatkan peluang kemenangan artis dan selebriti kegemaran mereka dengan menggandakan undian melalui langganan Tonton, yang turut menawarkan akses tanpa iklan BH Online selama satu bulan.
Tonton menawarkan tiga jenis pakej langganan. Yang pertama, ABPBH-FANS berharga RM17, gandaan sebanyak 2,000 mata, manakala ABPBH-SUPER FANS dengan harga RM37, menawarkan 5,000 mata. Sementara itu, ABPBH-ULTIMATE FANS bernilai RM137 membolehkan pengguna menikmati gandaan sehingga 15,000 mata.
Proses pengundian merangkumi calon Top 10 bagi setiap kategori. Semua akan bersaing sehingga keputusan muktamad diumumkan pada malam kemuncak ABPBH 37.
Pemenang bagi setiap kategori akan ditentukan melalui gabungan 70 peratus undian peminat dan 30 peratus penilaian juri professional.
16 kategori utama dipertandingkan

Dengan mengangkat tema SATU Keunggulan, ABPBH 37 menjadi lambang penghargaan terhadap sokongan padu peminat yang menjadi nadi kepada industri seni tanah air. Ini juga dapat meraikan perjalanan para penggiat seni dalam menonjolkan bakat serta kreativiti mereka tanpa batas.
Tema yang digarapkan melalui slogannya, menegaskan kedudukan ABPBH sebagai acara hiburan pilihan nombor satu di Malaysia, kekal unggul sejak penganjuran pertamanya pada tahun 1987.
Ianya turut menggambarkan penyatuan pelbagai cabang seni dalam satu acara berprestij berteraskan populariti serta kualiti bakat dan karya yang dipertandingkan.
Sebanyak enam belas kategori utama dipertandingkan, termasuk Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, dan Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular.
Selain itu, kategori Aktor Filem Popular, Aktres Filem Popular, Aktor Pembantu Filem Popular, Aktres Pembantu Filem Popular, Aktor TV Popular, Aktres TV Popular, Aktor Pembantu TV Popular, dan Aktres Pembantu TV Popular turut bersaing.
Tidak ketinggalan, kategori Penyampai Radio Popular, Pengacara TV Popular, dan Artis Komedi Popular juga dipertandingkan.
Manakala lima (5) kategori Ekstra! ialah Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Lagu Paling Boom Popular, Artis Kontroversi Popular, dan Seller Terpaling Popular.
The post Undian Gandaan ABPBH 37 Kini Dibuka, Tingkatkan Peluang Artis Kegemaran Anda Raih Trofi first appeared on OHBULAN!.





