30 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak Baik Kata Saya Tunggang, Kepada Makcik Kalau Tidak Puas Hati Boleh Datang Kedai Ambil Motor’ – Sam Lim

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Sam Lim tampil memberi penjelasan selepas didakwa menggunakan status mualaf dan orang Melayu sebagai ‘modal’ untuk mengembangkan perniagaan motosikal miliknya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sam Lim Sah Bergelar Suami Parisa Ardina – ‘Kami Bukan Marketing’

    Nafi tunggang

    Menerusi hantaran di TikTok, Sam mengakui dia sebenarnya tidak melayan komen negatif netizen, namun dakwaan tersebut membuatkan dirinya terpanggil untuk bersuara.

    Saya sudah lama tidak layan komen nakal netizen tetapi ada satu komen ini buat saya nak balas dan beri kenyataan.

    Menurut Sam, ada individu mendakwa dirinya mula membuka perniagaan motosikal selepas berkahwin dan memeluk agama Islam, sekali gus menuduh dia cuba ‘menunggang’ agama serta kaum Melayu demi kepentingan bisnes.

    Ada yang komen kata saya tunggang orang Melayu dan agama Islam, selepas kahwin dan peluk Islam dia kata saya terus buka kedai motor.

    Kedai motor milik saya ini sudah ada lama sebelum saya bernikah. Selama ini saya tidak pernah tunggang Melayu untuk buat bisnes atau mempromosikan perniagaan.

    Dalam masa sama, Sam turut menyuarakan rasa kurang senang terhadap tuduhan dilemparkan selain meminta individu berkenaan tidak membuat andaian tanpa mengetahui perkara sebenar.

    Tak baik kata saya tunggang, kepada mak cik kalau tidak berpuas hati boleh datang kedai saya ambil motor.

    Terdahulu, Sam selamat mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh Parisa Ardina pada 10 April lalu.

    MENARIK:  Bell Ngasri Ungguli Dua Kategori Pencalonan Top 5 ABPBH36! Eman Manan, Raja Azura, Hun Haqeem & KJ Turut Tercalon

    Sumber: TIkTok

    The post ‘Tak Baik Kata Saya Tunggang, Kepada Makcik Kalau Tidak Puas Hati Boleh Datang Kedai Ambil Motor’ – Sam Lim first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah