Pelakon, Amir Ahnaf mendedahkan dia terpaksa menolak tawaran untuk membintangi pementasan teater Puteri Gunung Ledang kerana merasakan dirinya masih belum bersedia memikul watak besar dalam produksi berkenaan.
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Dipilih Sebagai Puteri Gunung Ledang – ‘Akan Aku Galas Tanggungjawab Gusti Puteri Ini’
‘Belum matang’

Menerusi hantaran di Threads, Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, berkata karakter yang ditawarkan kepadanya terlalu berat untuk dibawa pada tahap kemampuannya ketika ini.
Terima kasih atas kepercayaan. Karakter itu terlalu besar untuk saya. Kapasiti saya masih belum cukup matang dan mampu. Insya-Allah ada rezeki di lain hari. Tahniah kepada yang terpilih. #PGL.
Walaupun tidak mendedahkan secara terperinci watak yang ditawarkan, rata-rata netizen membuat andaian bahawa karakter sebuat adalah Hang Tuah.
Terdahulu, penyanyi Aisha Retno dan Mila Mohsin diumumkan sebagai pelakon yang bakal menggalas watak ikonik Puteri Gunung Ledang.
Selain itu, Mimi Fly dan Nadia Aqilah turut diumumkan memegang watak Bayan.
Sementara itu, Luqman Hafidz akan membawakan watak Sultan Melaka, manakala Yusuf Hashim pula memegang karakter Gusti Adipati.
Sumber: Threads
The post PGL: ‘Karakter Itu Terlalu Besar, Saya Tak Mampu’ – Amir Ahnaf first appeared on OHBULAN!.





