28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kejam! Bayi 9 Bulan Kritikal, Dirog*l Saudara Sendiri Berusia 12 Tahun Di Bangsal Zink

    Shopee Sale

    Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan kritikal selepas diculik dan dirogol oleh seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, yang juga merupakan saudara mangsa sendiri.

    Artikel Berkaitan: Pesakit HIV Mengaku Rogol Wanita OKU, Dipenjara 10 Tahun & 5 Sebatan

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mesej’ Hana Ismail Buat Mangsa Rogol Kembali Tular – ‘Kita Perlu Berdamai Dengan Diri Sendiri’

    Bayi parah diculik, dirogol

    Memetik laporan New Indian Express, mangsa dilarikan oleh suspek ketika sedang tidur nyenyak di sebelah ibunya, pada jam 2 pagi, Sabtu.

    Bayi malang itu kemudian ditemui di sebuah bangsal zink berampiran rumah dalam keadaan berlumuran darah. Susulan itu, ahli keluarga terus bergegas membawa mangsa ke pusat kesihatan, sebelum dirujuk ke Kolej Perubatan BRD, Utter Pradesh di India.

    MENARIK:  ‘Itu Bukan Kerja Saya!’ – Fauziah Nawi Tidak Bertanggungjawab Ajar Bakat Baru, Kongsi Tips Kekal Relevan

    Hasil pemeriksaan mengesahkan bahawa bayi tersebut telah menjadi mangsa serangan seksual. Pihak polis kemudian menyoal siasat ahli keluarga terdekat, termasuk ibu bapa serta datuk dan nenek mangsa. 

    Menurut sumber, pada awalnya suspek cuba mengelirukan siasatan dengan memberikan keterangan yang tidak konsisten. Bagaimanapun, dia akhirnya mengaku melakukan perbuatan tersebut.

    Suspek mengaku bahawa sebelum kejadian, dia telah mengambil minuman beralkohol dan melayari kandungan pornografi di telefon bimbitnya. 

    Hasil pemeriksaan pada peranti suspek menemui lebih 50 video lucah serta rekod carian yang melibatkan web pornografi.

    Sumber: New Indian Express

    The post Kejam! Bayi 9 Bulan Kritikal, Dirog*l Saudara Sendiri Berusia 12 Tahun Di Bangsal Zink first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah