
Bekas ahli kumpulan Phyne Ballerz, Zulkarnain menafikan dirinya mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyi dan usahawan, Elliza Razak.
Dah anggap Elliza macam adik

Menerusi ruangan komen di posting TikTok Elliza, Zulkarnain atau nama lengkapnya Meor Zulkarnain Mohd Zamhuri memaklumkan hubungannya dengan bekas peserta Akademi Fantasia itu tidak lebih dari seorang kawan.
Tambah penyanyi yang mesra disapa Nine itu lagi, dia sudah menganggap Elliza sebagai adik kerana mengenali arwah bapa penyanyi itu yang merupakan guru muziknya ketika di sekolah.
Hahaha adoi lah korang ini.
Ya, saya duda tapi Elliza ini macam adik kecil kepada saya.
Korang jangan salah faham, arwah ayah Elliza dulu cikgu muzik di sekolah saya.
Lagi pula kita ada buat perniagaan bersama-sama.
Terdahulu, tular satu video memaparkan Nine dan Elliza yang menyanyikan lagu ‘Sang Dewi’ nyanyian asal penyanyi Indonesia, Lyodra dan Andi Rianto di dalam kereta.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang mendakwa mereka berdua mempunyai hubungan istimewa.





