32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Langkah Rafizi, Nik Nazmi jadi tumpuan – Annuar usul gerakan ‘duduk semeja’

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mengesahkan bakal membuat satu pengumuman "luar biasa" pada Ahad ini berhubung hala tuju baharu politik dirinya bersama Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad.

    Susulan perkembangan itu, Presiden Muafakat Nasional Annuar Musa tampil mencadangkan agar semua parti pembangkang serta pelbagai gerakan politik Melayu untuk duduk semeja bagi melakar sebuah pelan hala tuju (roadmap) baharu untuk negara.

    Pengumuman oleh Rafizi dan Nik Nazmi dijadualkan berlangsung dalam satu acara terbuka di Petaling Jaya, bermula jam 2 hingga 5 petang.

    Bercakap kepada pemberita selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, di Putrajaya, hari ini, bekas menteri itu berkata, keputusan mengadakan pengumuman secara terbuka itu membuktikan perkara yang bakal dibawa mempunyai kepentingan yang besar dan berbeza dengan kenyataan yang biasa dikeluarkan melalui platform media sosial.

    "Maksudnya ia bukan pengumuman politik 'biasa-biasa'... (sebaliknya) luar biasa, ia agak luar biasa," kata Rafizi.

    Ditanya mengenai spekulasi sesetengah pihak bahawa dia tidak akan meninggalkan PKR pula, Rafizi yang juga adalah bekas timbalan presiden parti itu berkata, ia terpulang kepada pendapat masing-masing.

    Malah, Ahli Parlimen Pandan itu menyifatkan ia sebagai kelebihan ahli politik sepertinya bagi memastikan orang ramai dan pihak media terus tertanya-tanya mengenai langkah seterus yang akan diambil, sehingga tiba hari pengumuman itu.

    "Ia bagi memastikan orang ramai terus meneka dan membuat spekulasi," katanya kepada wartawan. Secara berseloroh, Rafizi berkata, masih ada dua hari untuk semua orang 'berteka-teki', sama ada dia dan Nik Nazmi akan bersama gabungan politik lain.

    MENARIK:  Mahkamah Persekutuan isytihar syarat notis berhimpun tak berperlembagaan

    Untuk rekod, Rafizi dan Nik Nazmi sebelum ini meletakkan jawatan masing-masing sebagai menteri ekonomi serta menteri sumber asli dan kelestarian alam pada tahun lalu selepas gagal mempertahankan jawatan mereka dalam pengundian PKR.

    Sementara itu, Annuar dalam satu kenyataan bertajuk "Jom Kita Sepakat" melihat dinamika politik semasa termasuk peranancangan Rafizi serta beberapa pimpinan lain sebagai momentum untuk menggerakkan penyatuan yang lebih luas.

    Dia menggariskan beberapa rancangan politik semasa termasuk agenda 'Reset' oleh timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin yang dipecat oleh partinya, serta kerjasama longgar parti pembangkang bawah Ikatan Perpaduan Rakyat (IPR) yang melibatkan Berjasa, Pejuang, Iman, dan POA. Turut disebut adalah perananan Sekretariat Orang Melayu (SOM), dan Umno yang memperkatakan perpaduan Melayu, serta hasrat Perikatan Nasional terhadap penyatuan ummah.

    "Saya mencadangkan semua kita duduk semeja dan melakar roadmap baru untuk negara.

    "Ketepikan semua perkara lain, kita tumpu pada agenda besar. Kita bawa harapan baru untuk Malaysia," kata bekas pemimpin Umno yang kini bersama PAS itu.

    Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh dalam hantarannya mengajak semua supaya melupakan persengketaan dan bersatu demi agama, bangsa dan tanah air.

    “Lupakan persengketaan, ikhlaskan niat demi agama bangsa dan tanah air.

    “Selagi kita saling bergaduh, kutuk sesama sendiri maka tidak akan tercapai penyatuannya,” katanya.

    Dia turut melampirkan keratan berita yang memaparkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mencadangkan parti itu bersama Umno supaya kembali bermuzakarah dan mencari perpaduan berlandaskan Islam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah