Seorang wanita berkongsi pengalaman bapanya yang berpeluang duduk bersebelahan dengan penyanyi terkenal, Tomok ketika dalam penerbangan ke Tanah Suci.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Tomok Menangis, Lisa Surihani Akui Sukar Tinggalkan Keluarga Sebelum Tunai Haji
Artikel Berkaitan: Tomok & Isteri Syukur Terpilih Menjadi Tetamu Allah – ‘Tiada Yang Lebih Kami Harapkan Selain Doa’
Bapa bersama Tomok
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, wanita yang dikenali sebagai Salwa Shahrel tersebut pada awalnya risau sekiranya bapanya yang gemar berbual itu akan menyebabkan Tomok merasa kurang selesa.
Bagaimanapun, ibu Salwa memaklumkan bahawa Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 41, itu sangat mesra dan melayan bapanya dengan baik.
Abah saya duduk sebelah Tomok dalam flight untuk menunaikan haji baru-baru ini.
Soalan pertama saya, ‘Abah banyak cakap ke dengan dia? Nanti dia tak selesa pula.’
Umi saya kata, ‘Dia layan je abah borak, baik je dia berborak dengan abah.’
Dalam kesempatan itu, Salawa mengucapkan terima kasih kepada Tomok dan mendoakan agar dia serta isteri mendapat haji yang mabrur.
Abah kalau bercerita kadang tak boleh berhenti. Terima kasih layankan dia.
Sebelum masuk bas nak ke KLIA dia menangis, Alhamdulillah masuk flight senyum sampai telinga.
Semoga dapat haji yang mabrur untuk Tomok dan umi abah saya.
Sekadar info, sekitar minggu lalu, pelantun lagu Sejarah Mungkin Berulang itu dan isterinya Rahayu Abas telah selamat berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam yang kelima.
Sumber: Threads
The post Wanita Kongsi Bapa Duduk Sebelah Tomok Dalam Penerbangan Haji – ‘Umi Kata Dia Baik Layan Abah Berborak’ first appeared on OHBULAN!.





