28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Korang Okay Ke Kalau Video Barang Yang Korang Nak Beli Tu Guna AI?

    Shopee Sale

    Kalau scroll TikTok, Instagram atau shopping apps sekarang, mesti korang pernah nampak video produk yang nampak terlalu cantik.

    Lighting perfect.
    Rumah nampak aesthetic.
    Barang pula macam “wow” gila.

    Tapi sekarang ramai mula tertanya-tanya…

    “Ni real ke… atau AI?”

    Sebab hari ni, makin ramai seller dan brand mula gunakan AI untuk hasilkan video dan visual produk dengan lebih cepat dan cantik.

    AI buat produk nampak lagi cantik

    Dengan bantuan AI, sesuatu produk boleh nampak lebih menarik dalam video dan gambar.

    Dari lighting, background sampai animation semuanya boleh nampak lebih clean, aesthetic dan professional walaupun tanpa shoot besar-besaran.

    Dalam dunia online shopping sekarang, visual memang sangat penting untuk tarik perhatian orang stop scroll dan tengok sesuatu produk.

    Seller kecil pun boleh buat content lebih menarik

    Dulu nak hasilkan konten berkualiti perlukan kamera mahal, studio dan team editing.

    Sekarang dengan AI, seller yang kecil-kecil pun boleh hasilkan video yang nampak lebih professional tanpa perlu keluarkan kos terlalu besar.

    Dalam satu sudut, teknologi ni sebenarnya membantu lebih ramai orang berniaga dan hasilkan konten yang lebih kreatif.

    Tapi bila terlalu perfect, orang mula curiga

    “AI ni.”
    “Macam fake je.”

    Sebab terlalu banyak konten AI dekat internet sekarang sampai ramai dah mula susah nak beza mana visual sebenar dan mana yang generated.

    Expectation vs Reality pun boleh jadi isu

    Ini antara benda yang paling ramai takut bila beli barang online.

    Dekat video nampak cantik, premium dan aesthetic. Tapi bila barang sampai rumah… lain pula jadinya. Sebab itu ramai mula rasa lebih cautious bila nampak video produk yang terlalu “sempurna”.

    MENARIK:  Pelakon Wanita & Suami Jadi Orang Dikehendaki, Didakwa Tipu Jual Tanah Tak Wujud – ‘Mereka Berada Di Sarawak’

    Kalau barang tu memang bagus… makna nya AI boleh diguna pakai

    Dalam masa yang sama, ramai juga rasa AI sebenarnya cuma tools untuk bantu marketing jadi lebih menarik.

    Kalau produk yang dijual memang berkualiti dan sama seperti ditunjukkan, ada yang rasa penggunaan AI bukanlah satu masalah besar.

    Sebab akhirnya, yang paling penting tetap pengalaman sebenar pelanggan bila guna barang tersebut.

    Sekarang AI dah jadi sebahagian cara orang berniaga

    Hakikatnya, AI memang semakin banyak digunakan dalam dunia content dan online shopping sekarang.

    Ada yang suka sebab content jadi lebih cantik dan kreatif. Ada juga yang masih lebih percaya visual yang nampak real dan natural.

    Tapi satu benda yang pasti, penggunaan AI dalam marketing nampaknya akan jadi semakin biasa selepas ini.

    Persoalannya… korang okay ke kalau video barang yang korang nak beli tu sebenarnya AI?

    The post Korang Okay Ke Kalau Video Barang Yang Korang Nak Beli Tu Guna AI? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah