Selepas 14 tahun, kumpulan rock terkenal dari Amerika Syarikat, Evanescence dikhabarkan bakal kembali mengadakan konsert mereka di Malaysia.
Artikel Berkaitan: My Chemical Romance Kembali Gegarkan Malaysia Selepas Hampir Dua Dekad!
Artikel Berkaitan: Konsert Hari Pertama My Chemical Romance ‘Sold Out’ Dalam 90 Minit, Penganjur Umum Hari Kedua
Konsert Evanescene di Malaysia?

Desas-desus ini tercetus selepas sebuah papan iklan tertera dengan huruf E yang dikatakan menyerupai logo kumpulan tersebut.
Papan iklan berkenaan dinaikkan sekitar kawasan hiburan popular dan lokasi tumpuan pelancong iaitu di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Dalam masa yang sama, di platform Threads pula, rata-rata para peminat di negara ini dilihat teruja dan tidak sabar menantikan kedatangan kumpulan berasal dari Arkansas, Amerika Syarikat itu.
Tahun 2012 dah pernah tengok Evanescence di KL Live. Kalau confirm jadi (datang), kita pergi lagi. Ayuh.
Wow, meriahlah tahun ini dengan konsert. Simple Plan pun datang ni. Memang koyak poket!
Weh seriouslah Evanescence?! Kalau betul mereka datang (tour), aku janji akan berdiri paling depan.
Walau bagaimanapun, sehingga kini belum ada pengumuman rasmi dari mana-mana pihak penganjur berkenaan konsert Evanescence di Kuala Lumpur.
Untuk info, Evanescence yang kini dianggotai Amy Lee, Tim McCord, Will Hunt, Troy McLawhorn dan Emma Anzai sedang mengadakan siri jelajah konsert Evanescence World Tour yang diumumkan pada hujung tahun lalu.
Kumpulan yang terkenal dengan lagu Bring Me to Life itu pernah mengadakan konsert di Malaysia pada tahun 2012 yang dihadiri lebih 3,000 peminat.
Evanescence mula menempa nama di seluruh dunia pada tahun 2003 menerusi album debut berjudul Fallen yang memuatkan lagu-lagu hits iaitu Bring Me to Life, Going Under dan My Immortal.
The post Tular Billboard Tertera Logo ‘E’ Di Bukit Bintang, Cetus Khabar Angin Evanescence Bakal Adakan Konsert Di Malaysia? first appeared on OHBULAN!.





