30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aya Amiruddin Sedih, Duduk Dalam Bilik Seminggu Selepas Tahu Status Diri Anak Angkat – ‘Saya Jumpa Sijil’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pempengaruh media sosial, Aya Amiruddin, berkongsi kisah sedih ketika mengetahui bahawa dirinya ialah seorang anak angkat.

    Artikel Berkaitan: Aya Amiruddin Sedih Kenang Hidup Sebatang Kara – ‘Saya Sudah Kehilangan Ayah & Ibu, Tiada Adik Beradik’

    MENARIK:  Syatilla Melvin Beri Peringatan Tentang Solat, Akui Risau Dengan ‘Feedback’ Netizen – ‘Orang Tahu Saya Macam Mana’

    Anak angkat

    " data-video-id="7677183039268490517" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @borak3lineclip

    @ARUL RASHEED @mdsyhmie @ᴋᴇᴋᴀɴᴅᴀ

    ♬ original sound – borak3lineclipper – borak3lineclipper

    Menerusi perkongsian di Borak Tiga Line Clipper, pemilik nama Fidya Natsha Amiruddin itu mengimbas kembali memori tersebut semasa dia berusia 18 tahun.

    Masa umur 18 tahun saya dapat melanjutkan pelajaran ke New Zealand.

    Sepanjang persekolahan saya tak pernah tengok sijil lahir. Apa-apa yang berkaitan dengan sijil lahir abah akan pergi ke sekolah dan hantar sendiri dekat cikgu.

    Ketika itu abah sakit, dia sakit buah pinggang, makin uzur dan tak boleh berjalan.

    Menurut Aya, itu adalah kali pertama dia melihat sijil lahirnya dan juga sijil anak angkat yang tertera nama berbeza pada ruangan keterangan ibu dan bapa.

    Kali pertama dalam hidup saya tak pernah buka almari mereka. Suatu hari saya buka dan saya nampak sijil anak angkat.

    Sijil (lahir) yang asal pun bukan nama mereka.

    Terkesan dengan hakikat itu, Aya mengurungkan diri selama seminggu di dalam biliknya sehinggalah dipujuk oleh bapa angkatnya.

    Saya duduk je dalam bilik tak keluar seminggu, bibik je yang hantar makanan.

    Mak menangis suruh buka pintu tapi saya tak boleh. Sampailah hari ketujuh, arwah abah saya menangis minta buka pintu, saya buka. Saya dengan arwah memang sangat-sangat rapat.

    Walau bagaimanapun, Aya tetap reda dan meminta ibu bapa angkatnya untuk tidak lagi berbincang mengenai perkara tersebut.

    Mereka pun ceritakan semuanya dan cakap ini adalah kali terakhir. Saya dah tak mahu dengar tentang ini.

    Yang saya tahu mereka adalah ibu bapa saya.

    Mereka orang berada dan ketika itu saya sedar yang semua ini bukan saya punya.

    Sumber: TikTok Borak Tiga Line Clipper

    The post [VIDEO] Aya Amiruddin Sedih, Duduk Dalam Bilik Seminggu Selepas Tahu Status Diri Anak Angkat – ‘Saya Jumpa Sijil’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah