30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adun PH N Sembilan penggal lalu diarah kembalikan peruntukan

    Shopee Sale

    Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan semua Adun PH mesti memulangkan peruntukan mereka untuk Julai, Ogos dan September lalu, kata Adun Lenggeng, Mohd Asna Amin.

    Dalam catatan di Facebooknya hari ini, Mohd Asna berkata, Adun PH tidak lagi berhak menggunakan peruntukan kerajaan untuk kebajikan kawasan pilihan raya selepas DUN dibubarkan.

    Katanya arahan itu dipanjangkan kepada bekas exco dalam kerajaan terdahulu yang telah diberitahu untuk memulangkan peruntukan mereka untuk bulan Ogos dan Sept kerana mereka tidak lagi memegang jawatan berkenaan.

    Keputusan ini dibuat bagi memastikan segala penggunaan peruntukan kerajaan adalah selaras dengan kedudukan dan status semasa selepas pembubaran DUN serta bagi menjaga ketelusan dan integriti dalam pengurusan kewangan kerajaan negeri," katanya.

    Tambah Mohd Asna, keputusan tersebut juga merupakan kesinambungan daripada isu surat bekas exco pelancongan, seni dan budaya negeri, Nicole Tan yang pernah menjadi perhatian serta tular sebelum ini.

    Pada 30 Jun lalu, dua wakil Urimai Negeri Sembilan memfailkan laporan kepada SPRM dengan dakwaan berlaku salah guna kuasa dan penyalahgunaan dana awam yang melibatkan RM3.06 juta peruntukan negeri yang diagihkan sejurus sebelum Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

    MENARIK:  Makin ramai negara sekat akses media sosial pada kanak-kanak

    Sarawanan Nagayah dan Mahendran Ramasamy berkata dana tersebut disalurkan kepada 17 kawasan pilihan raya dan jumlah itu menyamai bilangan kerusi yang dipegang oleh PH di Negeri Sembilan sebelum ini.

    “Sehari sebelum pembubaran… pejabat menteri besar Negeri Sembilan mengeluarkan surat rasmi yang memaklumkan bahawa sejumlah RM180,000 telah dipindahkan melalui pemindahan dana elektronik kepada seorang ahli dewan undangan negeri,” kata mereka.

    Berdasarkan peruntukan RM180,000 bagi setiap kawasan pilihan raya yang disebut dalam surat itu, jumlah keseluruhan bagi 17 kawasan pilihan raya akan berjumlah RM3.06 juta.

    Berdasarkan surat itu, dakwa mereka, dana berkenaan adalah untuk kebajikan pengundi bagi tempoh dari Julai hingga Sept namun ia dipercayai ada kaitan dengan dana bagi menghadapi PRN di Negeri Sembilan.

    Kedua-duanya turut berkongsi gambar surat yang didakwa ditandatangani oleh Azmi Abdul Manap, setiausaha sulit kanan kepada Aminuddin Harun, yang merupakan menteri besar sementara pada masa itu.

    Seminggu kemudian, pegawai khas Tan, Ng Wai Yee, membuat laporan polis selepas satu catatan media sosial menuduh Tan dan Aminuddin menyalahgunakan RM180,000 dana negeri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah