29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pekerja Belanja Aiskrim, Menangis Selepas Pelanggan Dedah Anak Hidap Kanser – ‘Dia Teringin Nak Makan’

    Shopee Sale

    Setiap pekerjaan pasti meninggalkan pelbagai kenangan, namun satu peristiwa yang dialami oleh individu ini menjadi antara pengalaman yang sukar dilupakan.

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Pantang Makan & Minum’ – Doktor IKN Kongsi Nasihat Buat Pesakit Kanser Sepanjang Kemoterapi

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Hidap Kanser Tahap Tiga, Tapi Masalah Serius Berkaitan Rambut’ – Ben Ladin

    Anak sakit kanser

    Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan berkongsi kisah seorang pelanggan yang datang bersama anak-anaknya untuk membeli aiskrim.

    Lelaki tersebut bagaimanapun, tidak dapat membuat bayaran secara dalam talian kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri.

    Masa kerja part time dulu, ada seorang lelaki dengan anak dia datang nak beli aiskrim RM2 tapi tak boleh pakai kad, telefon dia pula tak ada bateri dan dia minta dekat saya nak pinjam kabel.

    Saya cakap tak mengapa saya bayarkan sebab RM4 sahaja (anak dia dua orang).

    Semasa anak-anaknya menikmati aiskrim, lelaki berkenaan mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut.

    Namun, paling menyentuh perasaaan adalah apabila lelaki itu berkongsi bahawa anaknya ialah seorang penghidap kanser.

    Individu itu mengakui dirinya tidak mampu menahan sebak selepas mengetahui keadaan sebenar kanak-kanak tersebut.

    Waktu tengah duduk makan aiskrim dekat kerusi, lelaki tu datang dekat saya cakap terima kasih sebab bayarkan. Katanya, ‘anak saya sakit kanser, dia teringin makan aiskrim ini.’ Sambil dia usap dan cium kepala anak dia.

    Saya senyum je cakap sama-sama, sebab tak tahu nak cakap apa dah, sebak dengan mata pun dah kabur. Saya lari ke belakang dan menangis.

    Peristiwa itu membuatkan individu berkenaan sedar bahawa setiap insan melalui ujian besar dalam hidup mereka, yang mungkin tidak diketahui orang lain.

    MENARIK:  Pemain Bola Sepak Berpotensi Bertunang Dalam Masa Terdekat Kerana Kenal Wanita Lain: Apakah Punca Bergaduh?

    Dalam masa sama, dia turut menitipkan doa agar keluarga lelaki tersebut sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

    Kita tak pernah tahu apa yang orang hadap tapi mungkin boleh jadi sebab rezeki akan terus mengalir, kita tak tahu.

    Jadi, selalu bersangka baik dengan rezeki Allah. Kita tak tahu nanti Allah gantikan lebih lagi.

    Saya doa keluarga abang itu sihat-sihat selalu.

    Sumber: Threads

    The post Pekerja Belanja Aiskrim, Menangis Selepas Pelanggan Dedah Anak Hidap Kanser – ‘Dia Teringin Nak Makan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah