Pelakon Zizie Izette berkongsi pengalaman mencemaskan apabila anak lelakinya, Aaleph, hilang seketika ketika mereka berada di KLCC.
Artikel Berkaitan: Sering Disangka Sombong, Zizie Izette Akui Dirinya Ceria – ‘Memang Naturally Resting Bitch Face’
Artikel Berkaitan: Zizie Izette Jarang Kongsi Kisah Peribadi, Lebih Selesa Jaga Privasi – ‘Mungkin Lepas Ini Saya Akan..’
Zizie Izette cemas anak hilang
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Zizie berkata kejadian tersebut berlaku ketika dia membawa lima anaknya keluar tanpa ditemani pembantu.
Menurut Zizie, situasi bertukar panik selepas salah seorang anaknya, Aadam, memberitahu bahawa Aaleph sudah tidak kelihatan.
Ya Allah, hari ni (Selasa) saya hilang anak lelaki saya dekat KLCC. Hari ni saya memang tak nak bawa pembantu sebab ingat nak luangkan masa bonding, just mama dengan anak-anak.
Sekali sampai bank, tengah dekat kaunter, Aadam datang panik, ‘Mummy, Aaleph hilang!’
Susulan itu, Zizie bergegas mencari Aaleph. Bagaimanapun, kira-kira lima minit kemudian, pihak pengurusan KLCC menghubunginya dan memaklumkan kanak-kanak itu bersama mereka.
Saya terus tinggalkan IC dan buku bank dekat pegawai dan lari cari Aaleph. Lebih kurang lima minit kemudian, pihak concierge KLCC telefon, ‘Ada seorang budak lelaki dekat sini…’ Alhamdulillah, rupanya Aaleph.
Nasib baik saya memang selalu ajar anak-anak hafal nombor telefon saya untuk waktu kecemasan.
Berkongsi lanjut, Zizie mengakui kecuaiannya dan tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya dia menjadikan insiden berkenaan sebagai pengajaran.
Zizie turut mengingatkan diri sendiri dan ibu bapa supaya agar sentiasa sentiasa berhati-hati serta melakukan ‘headcount’ terutama ketika membawa anak-anak keluar.
Saya tak salahkan sesiapa. Saya rasa saya pun cuai. Jalan laju sangat sampai tak pandang belakang.
Pengajarannya, kalau keluar dengan lima orang anak, jangan anggap semua tengah ikut. Kena buat headcount! Sentiasa kira 1, 2, 3, 4, 5. Ulang setiap lima minit.
Mama ingat nak bonding time, sekali dapat cardio dengan panic attack.
Sumber: Zizie Izette
The post Zizie Izette Kongsi Detik Cemas Anak Hilang Di KLCC – ‘Selalu Headcount, Jangan Anggap Semua Tengah Ikut’ first appeared on OHBULAN!.





