29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bunga Isme Menangis Kenang Kisah Rasulullah Semasa Perang Uhud – ‘Mulia & Kasihnya Hati’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Bunga Isme menitiskan air mata selepas mendengar kisah perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W ketika Perang Uhud.

    Artikel Berkaitan: Stabilkan Hormon, Bunga Isme Amal Rutin Baharu – ‘Tak Tidur Selepas Subuh, Dapatkan Matahari Pagi’

    Kisah Perang Uhud

    Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Bunga menerusi perkongsian di Threads berkongsi semula satu kisah mengenai Rasulullah yang diceritakan oleh suami.

    Menurut Bunga, kisah tersebut menjentik emosinya apabila membayangkan betapa besar kasih sayang yang dimiliki Baginda terhadap umat manusia, termasuk mereka yang memusuhinya.

    Sempena Maulidur Rasul, nak kongsi satu kisah Rasulullah yang saya pun baru tahu bila suami ceritakan. Kisah ini buat saya nangis teresak-esak macam budak sebab mulia dan kasihnya hati Rasulullah tiada tandingan.

    Ketika perang Uhud, Rasulullah cedera parah di bahagian muka, bayangkan muka kita ditetak pasti banyak darah keluar, tapi Rasulullah tak berhenti tadah darahnya dan lap ke dada supaya tiada satu titik darah yang jatuh ke tanah.

    Sahabat pun tanya Rasulullah, “Yalah, pelik kenapa? Rasulullah pun jawab “Aku mendengar apa yang tidak kalian dengar tentang malaikat penjaga gunung.

    “Kalau ada setitis darahku menyentuh bumi, maka Allah SWT akan menurunkan azab dari langit kepada mereka yang memerangiku.”

    Malah, Bunga turut mengingatkan pengikutnya mengenai sikap Rasulullah SAW yang tetap mendoakan mereka yang memusuhinya agar diberikan petunjuk.

    Malah, Rasulullah tetap doakan untuk musuhnya “Ya Rabb berilah hidayah kepada mereka, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

    Perkongsian sempena Maulidur Rasul itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikut Bunga yang turut tersentuh dengan kisah perjuangan serta akhlak mulia Rasulullah S.A.W.

    MENARIK:  Liza Hanim Terkilan Kejayaan Anak Jadi Juara Sekali Lagi Diperlekeh – ‘Jangan Tanya Siapa, Saya Masih Hormat Kepada Senior Itu’

    Sumber: Threads

    The post Bunga Isme Menangis Kenang Kisah Rasulullah Semasa Perang Uhud – ‘Mulia & Kasihnya Hati’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah